Vellfire Publish time 17-3-2024 05:34 PM

Fenomena El Nino, JPNS dijangka keluar garis panduan

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240315/pendidikan2w.jpg

SUMBANGAN: Arifin menyampaikan sumbangan sejadah dan kurma sempena Program Bingkisan Kasih Ramadan yang diadakan di Dewan Seri Wawasan Kg Pimping.
MEMBAKUT: Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) akan mengumumkan garis panduan berhubung aspek keselamatan pelajar sekolah dalam masa terdekat susulan fenomena El Nino ketika ini, kata Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Arifin Arif.
Mengulas lanjut Arifin yang juga Exco Pendidikan berkata, ia akan dimaklumkan selepas menerima laporan dari beberapa pihak berkaitan.
"Kita sedang menunggu laporan dari setiap Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) termasuk agensi-agensi berkaitan sebelum JPNS membuat makluman dalam masa terdekat ini.
"Saya harap semua sekolah khususnya Pengetua dan Guru Besar akur dengan apa pun keputusan bakal diambil JPNS melibatkan peraturan ekoran fenomena ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Borneo pada Program Bingkisan Kasih Ramadan yang diadakan di Dewan Seri Wawasan Kampung Pimping.
https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240315/pendidikan1w.jpg
MENYANTUNI: Arifin meluangkan masa menyantuni peniaga di bazar Ramadan Pekan Membakut.
Menerusi laporan daripada Jabatan Meteorologist Malaysia (METMalaysia) dijangka fenomena El Nino dengan intensiti kuat yang sedang melanda dunia ketika ini akan berterusan hingga pertengahan tahun ini.
Situasi itu telah menyebabkan pengurangan taburan hujan termasuk peningkatan suhu panas melampau di Sabah yang bukan saja memberi kesan kepada tumbuhan tetapi juga hidupan khususnya kanak-kanak.
Terdahulu, seramai 95 peniaga bazar Ramadan di Pekan Membakut menerima sumbangan daripada Arifin di program itu yang diadakan di Dewan Kesenian Islam Membakut.
Pada majlis sama, Arifin turut menyampaikan sumbangan sejadah dan kurma kepada semua Ketua Isi Rumah beragama Islam di 36 buah kampung di kawasan itu.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut berkata, program berkenaan merupakan acara tahunan yang sudah dilaksanakannya sejak 15 tahun lalu melibatkan sumbangan peribadinya.
"Ini adalah program setiap tahun sempena Ramadan bagi meringankan beban masyarakat dan pada masa sama, menggalakkan penduduk Islam meningkatkan ibadah di bulan mulia ini," katanya.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/15/fenomena-el-nino-jpns-dijangka-keluar-garis-panduan-arifin
Pages: [1]
View full version: Fenomena El Nino, JPNS dijangka keluar garis panduan


ADVERTISEMENT