mattzzx Publish time 17-3-2024 04:13 PM

Lazio tamatkan badi

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Lazio_1710658729.jpg
LAZIO perlu bangkit segera. FOTO Agensi

Rom: Lazio memenangi perlawanan pertama mereka sejak peletakan jawatan Maurizio Sarri, dengan kemenangan 3-2 di Frosinone, yang semakin tenggelam ke arah penyingkiran dari Serie A.

Gol penyamaan Mattia Zaccagni tujuh minit sebelum rehat dan dua jaringan pada separuh masa kedua daripada Valentin Castellanos memastikan Lazio menamatkan tiga kekalahan berturut-turut liga di bawah bekas pembantu Sarri, Giovanni Martusciello.

Sarri secara rasmi meletak jawatan pertengahan minggu ini selepas musim buruk bersama kelab Rom itu yang membawa Lazio di tangga kesembilan dalam liga utama Itali.

Media Itali melaporkan bahawa Igor Tudor akan menggantikan Sarri secara tetap.



Frosinone berada di tempat ke-18 selepas hanya mengutip dua mata daripada lapan perlawanan terakhir mereka.

Pasukan Eusebio Di Francesco ketinggalan satu mata di belakang Empoli yang berada di luar zon penyingkiran dan dikalahkan 0-1 oleh Bologna.

Lecce bergerak empat mata di hadapan Frosinone dengan kemenangan 1-0 ke atas Salernitana dalam perlawanan pertama mereka di bawah jurulatih baharu, Luca Gotti.

Gotti menggantikan Roberto D'Aversa yang dipecat pada Isnin kerana menanduk penyerang Verona, Thomas Henry dalam perlawanan mereka sebelum ini hujung minggu lalu.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1071025/lazio-tamatkan-badi
Pages: [1]
View full version: Lazio tamatkan badi


ADVERTISEMENT