mattzzx Publish time 17-3-2024 02:51 PM

Harith tak mahu jadi 'penumpang'

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/HARIMAU_MALAYA_1710657712.jpg
HARITH berkata, dia akan buktikan pemilihannya ke Qatar adalah berbaloi. FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN

Sepang: Pemain muda negara Harith Haiqal Adam Afkar tidak mahu dianggap sebagai 'penumpang' atau pelengkap pasukan semata-mata atas pemilihannya dalam skuad Harimau Malaya untuk dibawa ke Oman hari ini.

Harith yang juga pemain Selangor FC antara tonggak muda yang mendapat kepercayaan pengendali Harimau Malaya Kim Pan-gon untuk perlawanan ketiga kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman.

Tonggak berusia 21 tahun itu berkata, dia akan buktikan pemilihannya ke Qatar adalah berbaloi apabila bersedia memberikan aksi terbaik seandainya diberi peluang untuk bermain kelak.

Katanya, ketika ini barisan pemain Harimau Malaya memberikan komitmen dan aksi terbaik walaupun masing-masing berehat panjang berikutan saingan liga belum lagi bermula.


"Saya bersyukur ini adalah pemilihan pertama saya secara rasmi untuk pasukan kebangsaan dan akan buat terbaik jika diberikan peluang untuk beraksi.

"Pemilihan ini juga adalah pengalaman yang baik kerana ia juga salah satu persediaan untuk mengharungi perlawanan Piala Asia bawah 23 tahun (B-23) di Qatar.

"Mungkin ketiadaan Junior Eldstal menyebabkan nama saya terpilih namun ia juga adalah nasib dan rezeki buat saya akan ke Oman," katanya, ketika ditemui di balai pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi tadi.

Mengikut rekod, hanya 24 daripada 33 pemain dibawa ke Muscat, Oman bagi menghadapi perlawanan ketiga Kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman di Sultan Qaboos Sports Complex.

Pasukan negara akan menentang Oman Jumaat ini sebelum bertemu sekali lagi di Bukit Jalil empat hari kemudian dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 itu.

Ketika ini, Malaysia menduduki tangga pertama Kumpulan D dengan mengumpul enam mata hasil kemenangan ke atas Kyrgyzstan dan Taiwan.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1071015/harith-tak-mahu-jadi-penumpang
Pages: [1]
View full version: Harith tak mahu jadi 'penumpang'


ADVERTISEMENT