mattzzx Publish time 17-3-2024 01:27 PM

Polis belum terima laporan berkaitan pergaduhan kumpulan mat rempit

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/FFDDSS_1710651166.jpg
Tular kejadian pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki dipercayai di Bukit Ampang.

Ampang Jaya: Polis masih belum menerima apa-apa laporan berkaitan kejadian pergaduhan membabitkan sekumpulan mat rempit di daerah ini yang tular di media sosial.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, video itu tular di media sosial sejak 12 Mac lalu dan kejadian bukan berlalu semalam.

"Bagaimanapun sehingga sekarang kita belum menerima apa-apa laporan polis berkaitan pergaduhan terbabit.

"Sehubungan itu, polis menasihatkan mereka yang terbabit atau mengetahui kejadian tampil membuat laporan bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi hari ini.


Terdahulu tular video pergaduhan membabitkan sekumpulan individu bermotosikal dipercayai berlaku di Bukit Ampang.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1070955/polis-belum-terima-laporan-berkaitan-pergaduhan-kumpulan-mat-rempit
Pages: [1]
View full version: Polis belum terima laporan berkaitan pergaduhan kumpulan mat rempit


ADVERTISEMENT