mattzzx Publish time 17-3-2024 10:09 AM

Prabhu sering bandingkan diri dengan wanita lain

https://www.mstar.com.my/image/830/553?url=https%3A%2F%2Fapicms.mstar.com.my%2Fuploads%2Fimages%2F2024%2F03%2F16%2F2595489.png
Samantha merasakan dirinya tidak cantik seperti wanita-wanita lain.

PELAKON popular India, Samantha Ruth Prabhu mengakui dia kurang keyakinan dan sering membandingkan dirinya dengan wanita lain.

Menurut Samantha, 37, dia berasakan dirinya tidak cukup cantik dan kurang selesa dengan seksualiti sebagai seorang wanita.

"Saya rasa sangat tidak selesa dengan seksualiti saya.

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2024/03/16/2595491.png

Samantha rasa dirinya tidak cantik seperti wanita lain.

"Saya tidak begitu selesa, tidak yakin dan rasa diri saya tidak cukup baik.

"Malah saya juga rasa diri ini tidak cantik serta tidak kelihatan seperti wanita-wanita lain," katanya.

Pada tahun 2022, Samantha mendedahkan kepada umum dia telah didiagnosis menghidap autoimun iaitu Myositis.


Pelakon itu kemudian mengambil keputusan berehat daripada dunia lakonan untuk memberi tumpuan kepada kesihatan.

Aktres itu bagaimanapun memilih untuk menyebarkan maklumat kepada umum mengenai penyakit itu.

Malah, dia juga dilantik sebagai duta kesedaran Myositis di India pada tahun lalu.

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2024/03/16/2595490.png

Samantha ketika di India Today Conclave 2024.

Dalam perkembangan lain, Samantha kini sedang rehat dan bakal memulakan penggambaran projek drama Adaptasi India berjudul Citadel.

Samantha yang memegang watak utama dalam drama tersebut bakal digandingkan bersama aktor Varun Dhawan.

https://www.mstar.com.my/spotlight/bintang-global/2024/03/17/rasa-tak-cukup-cantik-samantha-ruth-prabhu-sering-bandingkan-diri-dengan-wanita-lain
Pages: [1]
View full version: Prabhu sering bandingkan diri dengan wanita lain


ADVERTISEMENT