mattzzx Publish time 17-3-2024 10:01 AM

Lepas kelar leher anak, hantar gambar anak pada suami

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/blood3_1710633612.jpg
FOTO HIASAN

Johor Bahru : Seorang wanita bukan sahaja tergamak mengelar leher anak lelakinya, namun sempat pula menghantar gambar mangsa yang berlumuran darah itu kepada suaminya menerusi kiriman WhatsApp.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, laporan diterima pihaknya kira-kira 1.30 tengah hari semalam itu menyaksikan seorang kanak-kanak berusia setahun enam bulan maut selepas dikelar ibu kandungnya di sebuah kawasan perumahan dekat Pasir Gudang di sini.

Beliau berkata, tangkapan berjaya dibuat ke atas suspek warga tempatan yang berusia 32 tahun itu untuk siasatan lanjut.

"Kita turut merampas sebilah pisau di lokasi kejadian yang dipercayai digunakan untuk mengelar mangsa.



"Permohonan reman terhadap suspek dibuat hari ini," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Menurut Kumar, kes diklasifikasikan dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Setakat ini, motif kejadian dan punca kematian masih dalam siasatan," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, untuk bedah siasat.
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/03/1070877/lepas-kelar-leher-anak-hantar-gambar-anak-pada-suami

keranda.terbang Publish time 29-3-2024 02:21 PM

serammmm.
semoga dipermudahkan urusan
Pages: [1]
View full version: Lepas kelar leher anak, hantar gambar anak pada suami


ADVERTISEMENT