mattzzx Publish time 17-3-2024 09:58 AM

Lima ditahan kurang 24 jam lepas jumpa mayat lelaki

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/gari_1710635033.jpg
GAMBAR hiasan

Johor Bahru: Polis menahan lima individu bagi membantu siasatan selepas penemuan mayat seorang lelaki di Taman Rinting, Masai di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, mayat lelaki berusia 61 tahun itu ditemukan kira-kira 10.50 pagi dengan kesan luka tetakan di beberapa bahagian badannya.

"Tindakan pantas polis berjaya menahan lima lelaki warga tempatan berusia antara 35 hingga 48 tahun di lokasi berasingan di sekitar daerah ini, kurang 24 jam daripada penemuan mayat berkenaan.

"Hasil siasatan awal, kita percaya semua suspek adalah kenalan kepada mangsa.


"Kita turut merampas beberapa barangan milik mangsa dan mengambil sampel 'swab' di lokasi kejadian untuk siasatan lanjut," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk proses bedah siasat.

"Motif kejadian dan punca kematian masih dalam siasatan," jelasnya.

Menurut beliau, hasil semakan rekod lampau mendapati semua tangkapan mempunyai pelbagai rekod kesalahan dadah dan jenayah.

"Permohonan reman terhadap semua suspek akan dibuat hari ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1070885/lima-ditahan-kurang-24-jam-lepas-jumpa-mayat-lelaki
Pages: [1]
View full version: Lima ditahan kurang 24 jam lepas jumpa mayat lelaki


ADVERTISEMENT