CARI-HBZ Publish time 16-3-2024 09:20 PM

"Bella Terkejut Dan Saya Pun Terkejut, Sebab Bella Tahu Hampir Setiap Hari Saya Bekerja" – Aliff Aziz Nafi Keluar Dengan Perempuan Lain

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202403/16/211958j58en9wmirtmgejg.png



Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz menafikan dakwaan yang mengatakan dia keluar ‘dating’ bersama wanita lain tanpa pengetahuan isterinya, Bella Astillah.


Aliff menerusi temu bual bersama Melodi baru-baru ini mengakui dia dan isterinya terkejut dengan dakwaan tersebut.


Jelas Aliff, orang ramai telah tersalah anggap dan berkemungkinan wanita yang dimaksudkan adalah sepupunya.


"Bella terkejut dan saya pun terkejut, sebab Bella tahu hampir setiap hari saya bekerja di set penggambaran dan memang jadual penggambaran agak padat."


"Dan ada beberapa kali sepupu saya datang belah umi (mak) dan bawa sepupu serta keluarga mereka keluar berjalan, dah lama tak jumpa dan datang KL.


"Mungkin saya rasa orang salah faham, orang yang berjalan dengan saya itu adalah sepupu saya. Saya pun terfikir siapa la cakap dengan Bella. Bella pun fikir sepupu saya atau pun Ain adik bongsu saya."


Dalam masa sama, penyanyi tinggi lampai itu berkata selepas ini dia akan kerap memuat naik perkongsian dalam media sosial ketika keluar atau bertemu dengan sesiapa agar tidak mendatangkan fitnah.


"Tapi mungkin saya rasa, lepas ini saya ambil langkah berhati-hati, mungkin selepas ini kalau saya keluar dengan sesiapa, kena buat IG Story."


Dalam pada itu, pelantun lagu Sayang-Sayang berharap agar orang ramai dapat memahami kehidupannya sebagai selebriti yang akan bertemu dengan banyak pihak atas urusan kerja.


"Kita akan sentiasa dilihat oleh orang tapi pada saya, as long as i know i am not doing anything wrong or i am going out with my family members or kawan-kawan, saya tak rasa saya perlu memberikan penjelasan kepada sesiapa."


"Saya sendiri tidak tahu dakwaan itu sebab tak ada gambar atau bukti. Kalau ada gambar mungkin saya boleh explain. Cuma, saya rasa orang kena faham, sebagai selebriti, baik atau buruk, kita akan ada hari yang kita mungkin keluar meeting."


"Cuma bila ada yang mendakwa saya ‘buat hal’, saya bukan orang yang baik baru nak belajar-belajar jadi baik nampak dia bersama dengan wanita it’s okay tapi bila kata Aliff buat hal dari segi apa?"


"Kalau saya berjalan dengan sepupu atau adik beradik saya bukan ke itu satu fitnah".


7257163811554151681


Sumber: TikTok Melodi/OhBulan

nena9042 Publish time 16-3-2024 09:24 PM

Apa benda?
Bukan tengah nak cerai ke?

rayna_raynes Publish time 16-3-2024 09:29 PM

Ni article lama kan?
Julai 2023.
CARI Editor apa bodoh mcm ni?

https://ohbulan.com/video-itu-fitnah-tiada-bukti-aliff-aziz-nafi-keluar-dengan-perempuan-lain/

sukacactus Publish time 16-3-2024 09:43 PM

Ntah apa2
Date arini tp citer purbakala

AWEKSAMURAI Publish time 16-3-2024 09:47 PM

Ni ke sepupu alip tu

matjerk Publish time 16-3-2024 09:49 PM

Pengambaran kat pavillion suites bella tahu x?

JunkMail Publish time 16-3-2024 09:49 PM

Wartawan pondan cari ni apa ke bodoh benar? Beli kat shopee ke dapat murah murah kebodohan ni sampai melampuh2 pulak..

slyfynx Publish time 16-3-2024 10:02 PM

@CARI-HBZ ni mmg makan gaji buta.
Dah la bukak thread ntah hape2
Ni skrg bukak thread kisah tahun lepas.
Momod xleh tegur ke?
Aku tau momod xde kuasa kat "wartawan" dan "editor" CARI ni.
Tp sampah tahap kritikal dah @CARI-HBZ ni.
Mcm org buat thread suke2 hati sbb nk cukupkan kuota.

Suchi Publish time 17-3-2024 08:49 AM

Berita zaman bila nih

ihtisyam1 Publish time 17-3-2024 09:40 AM

ko cakap ape ni alep

smeetasmitten Publish time 17-3-2024 10:54 AM

Dia tak keluar dgn pompuan lain
Dia MASUK dgn pompuan lain

rosannazmia Publish time 17-3-2024 11:48 AM

Backward old azz stori lah adoiii

AreYou.69 Publish time 17-3-2024 09:01 PM

Bodohnye TT benang ni..2023 kot

esbok Publish time 18-3-2024 08:30 AM

Kalau article lama2 yang tak relevant ni, boleh tak, mod ban tukang up?
Dia ibarat buat kerja sekolah main tiru tanpa berfikir, sambil rasa cikgunya mudah ditipu

Noraniza_Iblis Publish time 18-3-2024 02:34 PM

TT bodoh..simple!
Pages: [1]
View full version: "Bella Terkejut Dan Saya Pun Terkejut, Sebab Bella Tahu Hampir Setiap Hari Saya Bekerja" – Aliff Aziz Nafi Keluar Dengan Perempuan Lain


ADVERTISEMENT