sfhzuraz Publish time 16-3-2024 06:38 PM

Lelaki dicekup curi duit tabung masjid

Lelaki dicekup curi duit tabung masjid

OlehNORHASPIDA YATIM

16 Mac 2024 05:20pm







https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/03/16/2577912.jpg
Tindakan seorang lelaki mencuri duit tabung masjid terbongkar apabila perbuatannya itu dirakam CCTV.



SETIU - Tindakan seorang lelaki mencuri wang daripada tabung Masjid Che Mohid, Guntung, di sini tidak berhasil apabila dia ditahan pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenden Afandi Hussin berkata, perbuatan lelaki berusia 50 tahun itu berjaya dihidu selepas kakitangan masjid berkenaan menerima notifikasi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) melalui telefon bimbit, Khamis lalu.


"Imam tersebut menerima notifikasi rakaman CCTV melalui telefon bimbit sekitar jam 5 pagi yang mengesan berlaku pergerakan di dalam masjid.
"Apabila diperiksa dia mendapati seorang lelaki telah memasuki ruang solat dalam masjid dan mengambil duit daripada tabung masjid berkenaan.

"Suspek juga merupakan orang yang sama dilihat melakukan perbuatan itu sehari sebelum kejadian," katanya ketika dihubungi di sini pada Sabtu.
https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/03/16/2577911.jpg
Rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki memasuki ruang solat dalam masjid dan mengambil duit daripada tabung masjid di Setiu.



Afandi berkata, selepas dikesan mencuri duit tabung masjid, suspek sekali lagi muncul dalam keadaan mencurigakan. di ruangan solat lelaki di masjid itu sekitar jam 3 petang pada Jumaat.
Katanya, suspek cuba melarikan diri selepas terserempak dengan imam dan ahli jawatankuasa (AJK) masjid yang cuba mendekatinya.



"Ketika itu berlaku sedikit pergelutan menyebabkan suspek cedera pada bahagian muka sebelum berjaya ditangkap.
"Suspek diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan," ujarnya.
Lelaki dicekup curi duit tabung masjid - Sinar Harian

Pages: [1]
View full version: Lelaki dicekup curi duit tabung masjid


ADVERTISEMENT