mattzzx Publish time 16-3-2024 03:20 PM

Gajah cedera dirempuh Porsche, ditemui selepas tiga jam pencarian

https://assets.bharian.com.my/images/articles/gajah-poche_1710572986.jpg
Seekor gajah yang dirempuh sebuah SUV mewah, Porsche Cayenne, dalam nahas di Kilometer 45 Jalan Kuala Terengganu-Kampung Raja dekat Setiu malam tadi, berjaya ditangkap di Kampung Telaga Papan, Setiu pagi tadi.

KUALA TERENGGANU: Seekor gajah yang dirempuh sebuah SUV mewah, Porsche Cayenne, dalam nahas di Kilometer 45 Jalan Kuala Terengganu-Kampung Raja dekat Setiu malam tadi, berjaya ditangkap di Kampung Telaga Papan, Setiu pagi tadi.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu, Loo Kean Seong, berkata pihaknya berjaya mengesan gajah betina itu kira-kira jam 11.30 pagi tadi pada sekitar jarak 15 kilometer dari lokasi kemalangan.

Beliau berkata, mamalia itu berjaya dikesan pihaknya selepas lebih tiga jam operasi pencarian dilakukan bermula jam 8 pagi.

"Pemeriksaan mendapati gajah itu mengalami kecederaan luaran akibat kemalangan dan kita masih menunggu pemeriksaan lanjut yang dilakukan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).



"Gajah itu akan dipindahkan ke habitat semula jadi," katanya ketika dihubungi di sini.

Terdahulu, media melaporkan seorang pengurus syarikat terselamat selepas kereta dipandunya merempuh seekor gajah di Kilometer 45 Jalan Kuala Terengganu-Kampung Raja di sini malam tadi.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 10 malam ketika mangsa sedang memandu SUV itu dalam perjalanan dari Rhu 10 menghala ke Lembah Bidong.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/03/1224277/gajah-cedera-dirempuh-porsche-ditemui-selepas-tiga-jam-pencarian
Pages: [1]
View full version: Gajah cedera dirempuh Porsche, ditemui selepas tiga jam pencarian


ADVERTISEMENT