mattzzx Publish time 16-3-2024 02:32 PM

Aishah merajuk keluar rumah selepas ditunjal kepala

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/aisyahhh23AA_1710570332.jpg
NURUL Aishah Abdullah dilaporkan hilang sejak Isnin lalu. FOTO ihsan keluarga

Putrajaya: Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz mengesahkan pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan wanita berusia 20 tahun pada Rabu lalu.

Menurutnya, laporan dibuat bapa tiri wanita itu di Balai Polis Presint 11, di sini, selepas mendapati anaknya tiada di rumah dipercayai melarikan diri.

Katanya, wanita itu dipercayai merajuk selepas ditunjal kepala ketika berlaku perselisihan faham antara ahli keluarga.

"Kes diklasifikasikan sebagai orang hilang dan tindakan mengesan sedang giat dijalankan termasuk meminta bantuan orang ramai sekiranya terjumpa atau mempunyai maklumat boleh menyalurkannya kepada polis," katanya ketika dihubungi.



Terdahulu, tular di media sosial berkaitan wanita dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah sejak Isnin lalu.

Nurul Aishah Abdullah dilaporkan meninggalkan rumah di Dwiputra Residensi, Presint 15, di sini, sejak Isnin lalu.

Dia yang tidak bekerja dan menjaga adik-adiknya di rumah dilaporkan hilang pada pagi Isnin.

Sementara itu ibunya, Nurul Izzah Lenny Abdullah Mathius, 43, berkata, dia bimbang apabila Aishah masih belum pulang selepas enam hari.

Menurutnya, Nurul Aishah tidak pernah keluar jauh dan sentiasa untuk menjaga adik-adiknya.

"Saya harap Aishah pulang segera ke rumah kerana kami bimbang keselamatannya," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi ahli keluarga di talian 01128069150 (Shahira), 0133921016 (Nurul Izzah) atau balai polis terdekat.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1070681/aishah-merajuk-keluar-rumah-selepas-ditunjal-kepala
Pages: [1]
View full version: Aishah merajuk keluar rumah selepas ditunjal kepala


ADVERTISEMENT