mattzzx Publish time 16-3-2024 02:05 PM

Perhilitan Terengganu giat kesan gajah dirempuh kereta

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/gajah223_1710567008.jpg
Gajah yang dilanggar sebuah kereta jenis Porsche Cayenne di Kilometer 45 Jalan Kuala Terengganu-Kampung Raja. FOTO IHSAN PDRM

Kuala Terengganu: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu giat mengesan gajah yang dirempuh kereta di Kilometer 45, Jalan Kuala Terengganu-Kampung Raja di Setiu malam tadi.

Pengarah Perhilitan Terengganu Loo Kean Seong berkata, pencarian mamalia itu difokuskan di kawasan sekitar kebun serta belukar berhampiran lokasi kemalangan.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan untuk membawa kenderaan masing-masing dengan berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan bagi mengelak kejadian tidak diingini.

"Penduduk yang terserempak dengan haiwan itu diminta segera menghubungi kami untuk tindakan lanjut dan jangan mengambil tindakan sendiri atau memprovokasi gajah berkenaan.



"Mengenai kecederaan dialami gajah itu, ia hanya dapat disahkan apabila kita berjaya menangkapnya," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan seorang pengurus syarikat terselamat selepas kereta dipandunya merempuh gajah di Kilometer 45 Jalan Kuala Terengganu-Kampung Raja di sini malam tadi.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 10 malam ketika mangsa yang memandu kereta jenis Porsche Cayenne dalam perjalanan dari Rhu 10 menghala ke Lembah Bidong.

Dalam pada itu, tular video berdurasi hampir dua minit yang dikongsikan pelayar Facebook semalam yang terserempak dengan gajah di kawasan muara Sungai Merang.

Ketika mengulas mengenai video itu, Loo tidak menolak kemungkinan ia adalah gajah yang sama terbabit dalam kemalangan malam tadi.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1070655/perhilitan-terengganu-giat-kesan-gajah-dirempuh-kereta
Pages: [1]
View full version: Perhilitan Terengganu giat kesan gajah dirempuh kereta


ADVERTISEMENT