mattzzx Publish time 16-3-2024 01:07 PM

Video 'panas', dua pekerja AS Roma dipecat

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/AS_Roma_1710562146.jpg
FIGC akan menyiasat mengenai dua pekerja kelab berkenaan yang dipecat selepas tersebar video intim mereka. FOTO Agensi

Rom: Persekutuan Bolasepak Itali (FIGC) berkata, siasatan dibuka selepas dua pekerja kelab Serie A, Roma dipecat selepas video intim mereka dikongsi oleh pemain pasukan bawah 19 tahun.

Kes itu menimbulkan gelombang di Itali berhubung dakwaan diskriminasi dengan seorang ahli parlimen berjanji beliau akan membangkitkan perkara itu di parlimen.

Pemain pasukan remaja itu, yang di bawah umur menurut akhbar Itali, mendapat akses pada November lalu ke telefon bimbit seorang pekerja kelab yang bekerja dalam sektor pentadbiran dengan alasan perlu membuat panggilan kepada ejennya.

Menurut laporan berkenaan, pemain itu kemudian menemui video yang menunjukkan wanita itu mempunyai 'hubungan intim' dengan orang atasan dalam kelab.



Video ini kemudiannya dikongsi dengan orang lain termasuk pemain pasukan utama Roma.

Pengurusan kelab menyedarinya dengan kedua-dua pekerja dipecat.

Roma mengecam 'percubaan jelas untuk menyerang dan menggugat kestabilan kelab dan kumpulannya pada saat yang penting dalam musim sukan'.

Roma kini berada di tangga kelima dalam liga Itali dan layak ke suku akhir Liga Europa di mana mereka akan menentang AC Milan.

Kelab itu menegaskan bahawa 'pemecatan itu adalah akibat daripada keadaan yang, di samping bertentangan dengan Kod Etika kelab, secara objektif menentukan kemustahilan untuk meneruskan hubungan kerja dengan kelab, juga berdasarkan tugas yang dilaksanakan oleh kedua-duanya yang memerlukan penyelarasan langsung dengan kanak-kanak di bawah umur."
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1070606/video-panas-dua-pekerja-roma-dipecat
Pages: [1]
View full version: Video 'panas', dua pekerja AS Roma dipecat


ADVERTISEMENT