mattzzx Publish time 16-3-2024 01:05 PM

Itali beri ruang buat Bellanova, Folorunsho dan Lucca

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Raoul_Bellanova_1710560530.jpg
BELLANOVA disenaraikan buat kali pertama dalam pasukan Azzurri. FOTO Agensi

Rom: Itali menyenaraikan pertahanan Torino, Raoul Bellanova, pemain tengah Hellas Verona, Michael Folorunsho dan penyerang Udinese, Lorenzo Lucca buat kali pertama dalam skuad 28 pemain untuk perlawanan persahabatan menentang Venezuela dan Ecuador minggu depan di Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, jurulatih Luciano Spalletti mengenepikan penyerang Gianluca Scammacca dan Ciro Immobile, manakala pemain sayap Domenico Berardi tidak tersenarai selepas mengalami kecederaan kaki bulan ini.

Juara Eropah itu sedang bersiap sedia untuk Euro 2024 di Jerman di mana mereka diundi bersama Sepanyol, Albania dan Croatia dalam Kumpulan B.

Mereka akan menentang Venezuela pada hari Khamis di Stadium Inter Miami's Chase di Fort Lauderdale dan tiga hari kemudian bertemu Ecuador di Arena Red Bull di Harrison, New Jersey.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1070587/itali-beri-ruang-buat-bellanova-folorunsho-dan-lucca
Pages: [1]
View full version: Itali beri ruang buat Bellanova, Folorunsho dan Lucca


ADVERTISEMENT