mattzzx Publish time 16-3-2024 12:56 PM

Beli jika pasti makanan bersih, selamat

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/mhnm7y677_1710563059.jpg
GAMBAR HIASAN

Alor Gajah: Orang ramai dinasihatkan perlu lebih peka dengan keadaan juadah makanan dan minuman yang dibeli di bazar Ramadan bagi menggelakkan kejadian membeli makanan basi atau tercemar.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka Dr Ruzita Mustaffa berkata, peranan kedua-dua pihak iaitu pembeli serta penjual makanan adalah penting dalam memastikan makanan yang dibeli dan dijual adalah bersih dan selamat untuk dimakan.

Menurutnya, pihaknya menghantar pasukan melakukan pemeriksaan dan penilaian ke atas gerai di bazar Ramadan berkenaan dan didapati ada beberapa perkara yang tidak patut dilakukan.

Katanya, bimbingan diberikan kepada bukan sahaja kepada pengendali gerai berkenaan, tetapi semua gerai yang lain.



"Kita juga telah mengambil sampel dari proksi makanan berkenaan dan menghantarnya ke makmal untuk menguji mikroorganisma berisiko yang terdapat dalam juadah itu.

"Dan daripada keputusan makmal, kita akan tengok sama ada dia melanggar peraturan atau tidak, dan ketika itu tindakan perundangan baru kita ambil," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas insiden tular membabitkan pengunjung yang membeli sup daging di bazar Ramadan Semabok pada Selasa lalu, namun terdapat telur lalat di dalam rongga tulang.

Terdahulu, beliau melakukan sesi tinjauan mesra bazar Ramadan di bazar Ramadan Alor Gajah, di sini, semalam yang turut dihadiri Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Ngwe Hee Sem.

Sementara itu, Ngwe berkata, sebanyak 392 premis perniagaan di bazar Ramadan, enam kilang ais dan 30 hotel di negeri ini diperiksa menerusi Operasi Ramadan (Ops Ramadan) sejak 12 hingga 14 Mac lalu.

Katanya, sejumlah 150 notis amaran dikeluarkan kepada pengendali makanan dan 12 kompaun dengan nilai RM10,300 dikenakan ke atas 11 hotel dan sebuah kilang ais melalui pemeriksaan berkenaan.

"Kesalahan yang dilakukan adalah pelbagai terutamanya melibatkan kebersihan di bawah Peraturan Makanan 1985 dan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1070616/beli-jika-pasti-makanan-bersih-selamat
Pages: [1]
View full version: Beli jika pasti makanan bersih, selamat


ADVERTISEMENT