mattzzx Publish time 16-3-2024 12:54 PM

Pantau lorong tikus Pati pulang ke negara asal menjelang Aidilfitri

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Abdul_Muhaimin_Muhammad232sd_1710562435.jpg
Abdul Muhaimin Muhammad

Klang: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor mengenal pasti lorong tikus dipercayai menjadi laluan masuk dan keluar pendatang asing tanpa izin (Pati) menjelang sambutan Aidilfitri.

Pengarahnya Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad berkata, kawasan di utara Selangor khususnya di sekitar kawasan industri perikanan antara lokasi tumpuan laluan masuk dan keluar secara haram disebabkan kedudukan geografinya yang terbuka dan hampir dengan perairan sempadan.

Menurutnya, risikan awal mendapati cubaan untuk keluar secara haram melalui lokasi berkenaan dikesan berlaku sejak awal Ramadan lagi.

"Bagi menangani pergerakan keluar masuk itu, APMM Selangor turut mendapatkan bantuan dari ibu pejabat untuk membantu dari aspek risikan kerana terdapat banyak lokasi berisiko yang dikenal pasti selain kawasan industri perikanan.



"Kepada sindiket ini khususnya rakyat tempatan, saya ingatkan jangan cuba libatkan diri, tindakan anda dipantau rapat… sebaiknya anda jadilah mata dan telinga kami untuk sama-sama membanteras kegiatan ini demi negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Jalinan Strategik Operasi Keselamatan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor dan APMM Selangor, di sini, semalam.

Sementara itu, Abdul Muhaimin berharap kerjasama erat antara APMM dan MKN dapat ditingkatkan terutamanya dalam aspek perkongsian maklumat bagi mencegah sebarang kegiatan jenayah daripada berlaku di kawasan perairan negara.

Beliau berkata, kerjasama strategik antara pihak berkuasa keselamatan menyumbang kepada kejayaan APMM dalam membanteras kegiatan jenayah, antaranya mematahkan cubaan penyeludupan dadah disyaki jenis syabu bernilai RM1.32 juta, awal bulan lalu.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1070610/pantau-lorong-tikus-pati-pulang-ke-negara-asal-menjelang-aidilfitri
Pages: [1]
View full version: Pantau lorong tikus Pati pulang ke negara asal menjelang Aidilfitri


ADVERTISEMENT