mattzzx Publish time 16-3-2024 11:26 AM

Pengguna Bayan Lepas, Balik Pulau alami gangguan air

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/03/air.jpeg
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Beberapa kawasan di daerah Barat Daya iaitu di sekitar Balik Pulau dan Bayan Lepas berdepan masalah gangguan air sejak semalam.

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) berkata, pengeluaran air oleh PBAPP telah mencapai tahap maksimum.

”Bagaimanapun disebabkan penggunaan air yang tinggi dan paras air berkurangan, rumah pam di sepanjang Sungai Ara, Batu Maung, Teluk Kumbar dan Seberang Perai Selatan telah terjejas.

”Situasi ini menyebabkan tekanan rendah atau gangguan bekalan air di kawasan Lebuh Relau, Jalan Kelabu, Sungai Ara, Batu Maung, Bayan Lepas, Balik Pulau dan Seberang Perai Selatan,” katanya di sini, hari ini.

Menurut PBAPP, pihaknya akan memaklumkan status terkini mengenai bekalan air itu dari semasa ke semasa serta memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03/16/pengguna-bayan-lepas-balik-pulau-alami-gangguan-air/

Supersirap Publish time 16-3-2024 11:58 AM

Air xde susah nak menguruskan kehidupan seharian
Pages: [1]
View full version: Pengguna Bayan Lepas, Balik Pulau alami gangguan air


ADVERTISEMENT