mattzzx Publish time 16-3-2024 11:12 AM

Veneer tercabut lepas kunyah roti keras, Cardi B buat ‘live‘ tunjuk gigi rongak

https://www.mstar.com.my/image/830/553?url=https%3A%2F%2Fapicms.mstar.com.my%2Fuploads%2Fimages%2F2024%2F03%2F14%2F2592193.png
Cardi B tidak mempunyai satu batang gigi.

GARA-GARA mengunyah roti keras dengan gelojoh, penyanyi rap Cardi B menanggung akibat apabila veneer yang di pasang pada salah satu giginya tercabut.

Tanpa berselindung dengan kejadian itu, Cardi sempat bertanya kepada pengikutnya di dalam video siaran langsung bertanya mengenai penyebab veneer itu tercabut.

Kata Cardi, dia pada awalnya tidak perasan porselin nipis itu tercabut sehingga menampakkan gigi asalnya yang dipercayai sudah patah.

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2024/03/14/2592192.png

Cardi B tidak malu berkongsikan perkara itu kepada peminat.

“Kenapa satu daripada veneer (yang dipasang) saya terkeluar selepas saya mengunyah roti yang keras?,” soalnya.

Hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi orang ramai menganggap Cardi antara penyanyi yang tidak kisah menunjukkan sisi gelap diri mereka.


“Cardi, awak tetap cantik walaupun satu gigi awak sudah hilang.

“Kenapa awak terlalu jujur. Saya sangat sayang dan minat dengan awak.

“Sebab ini saya minat Cardi. Dia selalu buat lawak,” komen netizen.

https://www.mstar.com.my/spotlight/bintang-global/2024/03/15/veneer-tercabut-lepas-kunyah-roti-keras-cardi-b-buat-live-tunjuk-gigi-rongak
Pages: [1]
View full version: Veneer tercabut lepas kunyah roti keras, Cardi B buat ‘live‘ tunjuk gigi rongak


ADVERTISEMENT