mattzzx Publish time 16-3-2024 11:05 AM

Bubur lambuk gearbox jadi rebutan

https://assets.bharian.com.my/images/articles/buburrrr_1710554122.jpg
Zabedah memasukkan bubur lambuk gearbox dalam bekas kecil untuk diagihkan kepada orang ramai secara percuma. NSTP/Baharom Bakar

KUALA TERENGGANU: Bubur lambuk 'gearbox' diagihkan di pekarangan Masjid Abidin atau lebih dikenali dengan Masjid Putih menjadi rebutan umat Islam setiap Ramadan.

Tidak hairanlah, ada antara umat Islam sanggup beratur lebih satu jam untuk mendapatkan bubur lambuk gearbox hasil air tangan seorang suri rumah, Zabedah Samad, 63, atau lebih mesra dengan panggilan Mok Pah.

Zabedah yang ditemui di Masjid Abidin ketika diminta berkongsi rahsia keenakan bubur lambuk dihasilkannya mengakui tidak menang tangan menerima tempahan daripada pelbagai agensi kerajaan termasuk universiti awam, pada bulan Ramadan.

Katanya, tulang gearbox dimasukkan dalam setiap periuk bubur lambuk adalah resipi rahsia yang memberikan kelazatan pada tekstur bubur.



"Kita hanya memasukkan seketul tulang gearbox dalam setiap periuk disebabkan harga tulang lembu semakin mahal.

"Tulang gearbox dimasukkan bersama beras yang sudah dibersihkan dan dibiarkan hingga mendidih," katanya.

Zabedah berkata, air dan lendir yang keluar daripada sendi tulang gearbox itu adalah rahsia menjadikan bubur lazat.

Katanya, tulang gearbox akan diangkat sebelum santan serta ramuan lain dimasukkan.

"Kita hanya menggunakan herba dan ramuan asli, terutama lada hitam asli dan bukan bahan moden yang diproses secara komersial seperti lada sulah.

"Kita juga hanya menggunakan dua jenis ikan iaitu ikan selayang dan ikan aya (tongkol) segar," katanya.

Zabedah berkata, semua bahan selepas siap diproses tidak dimasukkan ke dalam kawah secara rambang, sebaliknya menggunakan sukatan yang tepat bagi mengekalkan cita rasa.

Zabedah mengakui sudah menceburi dalam perusahaan juadah itu sejak 15 tahun lalu.

Katanya, bubur lambuk gearbox biasanya siap dimasak di antara tiga dan empat jam sebelum dimasukkan ke dalam bekas kecil untuk diedarkan.

"Biasanya saya mula memasak jam 9 pagi dan siap sepenuhnya pada jam 1 petang sebelum dimasukkan dalam bekas plastik kecil untuk diagihkan kepada orang ramai secara percuma," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2024/03/1224157/bubur-lambuk-gearbox-jadi-rebutan

Supersirap Publish time 16-3-2024 12:02 PM

Mesti rasanya sangat sedap
Pages: [1]
View full version: Bubur lambuk gearbox jadi rebutan


ADVERTISEMENT