mattzzx Publish time 16-3-2024 11:03 AM

Kurma dimakan bersama mentega, ini amaran doktor

https://assets.bharian.com.my/images/articles/gakurmen_1710554209.jpg
Kurma bersama mentega kini tular dan membanjiri pelbagai platform di media sosial sehingga menarik orang ramai mencuba resepi itu, termasuk mereka yang sebelum ini tidak gemar makanan sunnah berkenaan. - BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pengambilan kurma dimakan bersama mentega tidak boleh dijadikan amalan dalam pemakanan.

Demikian nasihat Pensyarah Kanan Perubatan Jabatan Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Suhainizam Muhamad Saliluddin.

Beliau mengakui kurma bagus kerana mempunyai gula kompleks, tetapi apabila digabungkan dengan mentega yang mengandungi lemak tinggi, ia boleh mendatangkan masalah lain.

"Termasuklah yang tular isu minum air dengan meletakkan garam celtic, bahaya jika amaun yang ditambah dalam minuman tidak tepat, akan menyebabkan terjadinya masalah lain," katanya pada program Ruang Bicara terbitan Bernama TV.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/SUHAIN_1710554212.jpg
Pensyarah Kanan Perubatan Jabatan Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, Dr Suhainizam Muhamad Saliluddin.

Beliau juga menasihatkan orang ramai mengambil makanan mengandungi karbohidrat kompleks, terutamanya ketika negara sedang dilanda fenomena El Nino bagi mengelak terkena strok haba sepanjang menjalani ibadah puasa.

Dr Suhainizam berkata, makanan kandungan itu seperti kurma akan terurai secara perlahan, sekali gus menyebabkan tempoh kenyang lebih lama berbanding pengambilan gula putih.

"Makanan yang mengandungi gula putih baik untuk pengekalan tenaga, tetapi apabila satu hingga dua jam selepas sahur, tenaga berkurangan akibat proses penguraian yang pantas," katanya.

Beliau berkata strok haba adalah penyakit disebabkan kepanasan melampau yang didahului dengan kekejangan haba, diikuti kelesuan haba yang antara lain berlaku apabila suhu badan meningkat, jantung berdenyut laju, pening atau sakit kepala dan keletihan melampau.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) sebelum ini memaklumkan fenomena El Nino bermula pertengahan tahun lalu boleh berterusan sehingga pertengahan tahun ini. - BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/03/1224162/kurma-dimakan-bersama-mentega-ini-amaran-doktor

Supersirap Publish time 16-3-2024 12:02 PM

Musim panas ni banyakkan minum air putih
Pages: [1]
View full version: Kurma dimakan bersama mentega, ini amaran doktor


ADVERTISEMENT