mattzzx Publish time 16-3-2024 10:55 AM

Pasukan petugas bendung jenayah sepanjang Ramadan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/mazli23_1710549364.jpg
Mazli Mazlan (tengah) bersama Anggota Skim Rondaan Sukarelawan (SRS) memeriksa peralatan unit srs sempena program Rondaan Rondaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SRS di Kampung Seberang Takir malam tadi. FOTO GHAZALI KORI

Kuala Nerus: Polis menubuhkan pasukan petugas (task force) dalam usaha mengekang kejadian jenayah termasuk kes pecah tabung surau serta masjid sepanjang Ramadan ini.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata, setakat ini, terdapat tiga kes pecah tabung masjid diterima pihaknya membabitkan Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang.

Beliau berkata, peningkatan duit hasil sumbangan orang ramai sepanjang Ramadan menyebabkan rumah ibadat berisiko menjadi sasaran penjenayah.

Justeru, pihaknya bekerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dalam melakukan rondaan dan pemantauan bagi mewujudkan persekitaran yang selamat.



"Kita menggerakkan pasukan task force yang terdiri daripada polis dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) untuk mengadakan rondaan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman masyarakat terutama pada waktu malam.

"Kita akan bahagi kepada beberapa fasa terutama pada waktu malam dan pada waktu siang, kita ada rondaan yang dilakukan menerusi program 1 Masjid 1 Polis dan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK).

"Ini antara usaha kita untuk mengekang sebarang kegiatan jenayah bukan sahaja di kawasan masjid dan surau tetapi di kediaman penduduk," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Rondaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SRS Peringkat Negeri Terengganu di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, Mazli berkata, pihaknya sedang mengesan suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian pecah tabung masjid itu.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengenal pasti jumlah kerugian dialami selain tidak menolak kemungkinan ia dilakukan warga tempatan.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1070539/pasukan-petugas-bendung-jenayah-sepanjang-ramadan
Pages: [1]
View full version: Pasukan petugas bendung jenayah sepanjang Ramadan


ADVERTISEMENT