mattzzx Publish time 16-3-2024 10:46 AM

3 tabung masjid Terengganu dipecah sejak 1 Ramadan

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/03/Mazli-tengah-merasmikan-program-Rondaan-PDRM-bersama-SRS-peringkat-Terengganu-di-Dewan-LKPI-Cawangan-Kuala-Nerus-semalam..jpeg
Mazli (tengah) merasmikan program Rondaan PDRM bersama SRS peringkat Terengganu di Dewan LKPI Cawangan Kuala Nerus, semalam.

KUALA NERUS – Tiga kes tabung masjid dipecahkan dilaporkan di seluruh negeri ini dalam tempoh empat hari umat Islam berpuasa masing-masing di Gong Badak, Losong dan Bukit Payung.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, jenayah tersebut dipercayai dilakukan orang tempatan dan gerakan memburu mereka sedang giat dilakukan.

“Pencuri-pencuri ini disyaki mengambil jalan mudah berikutan kutipan derma masjid dan surau yang banyak sepanjang bulan Ramadan ini,” katanya di Dewan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam (LKPI) Cawangan Kuala Nerus di sini malam tadi.

Mazli berkata, Kontinjen Terengganu akan meningkatkan rondaan di sekitar kawasan setiap masjid di negeri ini bagi mengekang jenayah pecah tabung tersebut daripada terus berleluasa pada bulan Ramadan ini.

Beliau berkata, program ‘Satu polis, satu masjid’ itu akan mendapat kerjasama daripada komuniti setempat menerusi SRS bagi melaksanakan rondaan pemantauan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03/16/3-tabung-masjid-terengganu-dipecah-sejak-1-ramadan/

Supersirap Publish time 16-3-2024 12:05 PM

Jiak ada peruntukan boleh pasang kamera litar tertutup
Pages: [1]
View full version: 3 tabung masjid Terengganu dipecah sejak 1 Ramadan


ADVERTISEMENT