mattzzx Publish time 16-3-2024 10:44 AM

424 PATI Indonesia ‘serah diri’, mahu pulang beraya

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/03/Kennith-Tan-Ai-Kiang-tengah-menunjukkan-status-semasa-2048x1536.jpeg
Kennith Tan (tengah) menunjukkan status semasa warga asing di negeri ini sempena perjumpaan bersama media di Bilik Perbincangan Pejabat Imigresen UTC Negeri Sembilan di Ampangan, semalam. Foto NOR AINNA HAMZAH

SEREMBAN – Gara-gara ingin pulang ke kampung halaman bagi menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri, seramai 424 pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia ‘menyerah diri’ kepada Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan bermula awal bulan ini.

Kesemua PATI dengan 19 daripadanya kanak-kanak mengambil peluang menyertai Program Repatriasi Migran (PRM) bagi merebut peluang pulang ke kampung halaman tanpa risiko ditangkap dan didakwa.

Menurut Pengarah JIM Negeri Sembilan, Kennith Tan Ai Kiang, program yang bermula sejak 1 Mac hingga 31 Disember ini mendapat perhatian bukan sahaja PATI dari negeri ini malah Selangor dan Kuala Lumpur juga.

“Seramai 755 PATI berdaftar di bawah program ini majoritinya warga Indonesia diikuti Bangladesh 118 orang, India (74), Pakistan (43), Myanmar (37), Nepal (30), Sri Langka (22) dan masing-masing satu dari China, Filipina, Vietnam, Yamen, Tanzania, Libya, serta Lebanon,” katanya di sini, semalam.

Jelas Kennith lagi, PATI yang menyertai program tersebut perlu memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Imigresen iaitu mempunyai dokumen perjalanan sah dan tiket penerbangan pulang dalam tempoh 14 hari dari tarikh serah diri.

“Jadi PATI yang menyerah diri ini akan diberikan pengecualian pendakwaan dan ditawarkan kompaun iaitu bagi kesalahan masuk atau tinggal di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah, mereka ditawarkan kompaun sebanyak RM500, tinggal lebih masa di Malaysia (RM500) dan melanggar syarat pas (RM300).

“Dalam program ini, kita berjaya catat kutipan kompaun sebanyak RM377,500 dengan RM212,000 dari PATI Indonesia sahaja,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03/16/424-pati-indonesia-serah-diri-mahu-pulang-beraya/

Supersirap Publish time 16-3-2024 12:06 PM

semua orang nak beraya di kampung halaman masing-masing

keranda.terbang Publish time 29-3-2024 02:24 PM

biar mereka pulang
jgn dtg sini dh aihh
Pages: [1]
View full version: 424 PATI Indonesia ‘serah diri’, mahu pulang beraya


ADVERTISEMENT