mattzzx Publish time 16-3-2024 10:33 AM

Azzurri nama tiga muka baharu

https://assets.bharian.com.my/images/articles/azuri16324_1710553159.jpg
Pemain pertahanan Torino, Raoul Bellanova (tengah) beraksi menentan Napoli dalam saingan Serie A. – Foto REUTERS

MILAN: Itali menyenaraikan pertahanan Torino, Raoul Bellanova, pemain tengah Hellas Verona, Michael Folorunsho dan penyerang Udinese, Lorenzo Lucca buat kali pertama dalam skuad 28 pemain bagi aksi persahabatan antarabangsa menentang Venezuela dan Ecuador di Amerika Syarikat minggu depan.

Bagaimanapun, jurulatih Luciano Spalletti mengetepikan penyerang Gianluca Scammacca dan Ciro Immobile, manakala pemain sayap Domenico Berardi terlepas aksi itu kerana mengalami kecederaan kaki bulan ini.

Juara Eropah, Itali bersiap sedia bagi Euro 2024 di Jerman yang mana mereka diundi bersama Sepanyol, Albania dan Croatia dalam Kumpulan B.

Mereka akan berdepan Venezuela pada Khamis depan di Stadium Chase, gelanggang Inter Miami di Fort Lauderdale dan tiga hari kemudian menentang Ecuador di Arena Red Bull di Harrison, New Jersey. – REUTERS



SKUAD ITALI

Penjaga gol: Marco Carnesecchi (Atalanta), Gianluigi Donnarumma (Paris Saint-Germain), Alex Meret (Napoli), Guglielmo Vicario (Tottenham Hotspur).

Pertahanan: Francesco Acerbi (Inter Milan), Alessandro Bastoni (Inter), Raoul Bellanova (Torino), Alessandro Buongiorno (Torino), Andrea Cambiaso (Juventus), Matteo Darmian (Inter), Giovanni Di Lorenzo (Napoli), Federico Dimarco (Inter), Giorgio Scalvini (Atalanta), Destiny Udogie (Tottenham).

Tengah: Nicolo Barella (Inter), Giacomo Bonaventura (Fiorentina), Michael Folorunsho (Verona), Davide Frattesi (Inter), Jorginho (Arsenal), Manuel Locatelli (Juventus), Lorenzo Pellegrini (AS Roma).

Serangan: Federico Chiesa (Juventus), Lorenzo Lucca (Udinese), Riccardo Orsolini (Bologna), Giacomo Raspadori (Napoli), Mateo Retegui (Genoa), Mattia Zaccagni (Lazio), Nicolo Zaniolo (Aston Villa).
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/03/1224153/azzurri-nama-tiga-muka-baharu

Supersirap Publish time 16-3-2024 12:07 PM

Tahniah diucapkan kepada yang terpilih
Pages: [1]
View full version: Azzurri nama tiga muka baharu


ADVERTISEMENT