mattzzx Publish time 16-3-2024 10:28 AM

Bologna terus lakar kejutan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Bologna_1710555420.jpg
PENYOKONG Bologna meraikan kejayaan selepas mencatat kemenangan ke atas Empoli. FOTO AFP

Paris: Bologna meneruskan kejutan dalam Serie A selepas mereka melonjak ke tempat Liga Juara-Juara hasil jaringan pada masa kecederaan oleh Giovanni Fabbian memberi mereka kemenangan 1-0 di Empoli.

Pemain gantian Fabbian menjaringkan gol empat minit ke masa tambahan untuk melonjakkan Bologna enam mata di hadapan Roma di tempat kelima, buat sementara waktu.

Kemenangan tipis itu datang pada masa yang penting musim ini untuk Bologna, yang minggu lalu dikalahkan 0-1 di tempat sendiri kepada pendahulu Inter Milan selepas mencatat enam kemenangan berturut-turut.

Pasukan Thiago Motta kini mendapati diri mereka hanya empat mata di belakang Juventus di tempat ketiga, menjelang pertembungan Old Lady itu dengan Genoa di tempat ke-12 esok.


Bologna memburu untuk layak ke Liga Juara-Juara buat kali pertama, walaupun juara Itali tujuh kali itu bermain satu pusingan dalam Piala Eropah lama pada 1964, tahun yang sama apabila mereka memenangi Scudetto terakhir.

Tempat kesembilan musim lalu adalah yang tertinggi buat Bologna menamatkan Serie A selama lebih sedekad.

Kekalahan menyebabkan Empoli satu mata di atas zon penyingkiran di tempat ke-17.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1070563/bologna-terus-lakar-kejutan

Supersirap Publish time 16-3-2024 12:08 PM

Tahniah diucapkan kepada mereka
Pages: [1]
View full version: Bologna terus lakar kejutan


ADVERTISEMENT