maklukpenggoda Publish time 16-3-2024 10:24 AM

'Kenapa saya pula orang nak boikot?' - Ifa Raziah

Kuala Lumpur: "Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Saya bersikap neutral kerana kedua-duanya (Ruhainies & Bella Astillah) adalah adik kesayangan saya," kata penyanyi, Ifa Raziah yang menerima kecaman hebat daripada orang ramai sehingga festival membeli-belah anjurannya, Starvendors menjadi sasaran boikot susulan pembabitan Ruhainies pada acara itu yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 29 Mac ini.
Rata-rata netizen menyelar tindakan Ifa yang masih mengekalkan Ruhainies sebagai salah seorang selebriti yang bakal terbabit pada acaranya walaupun pelakon itu terpalit dengan kontroversi disyaki berkhalwat dengan pelakon, Aliff Aziz, Sabtu lalu.
Ifa berkata, sebagai penganjur dia hanya memberi peluang kepada rakan-rakan selebriti termasuk Ruhainies dan Bella Astillah untuk berniaga dan tidak mencampuri urusan peribadi mereka.
"Janganlah boikot, saya tak buat salah apa pun. Saya tidak menyakiti hati sesiapa sebaliknya memberi peluang kepada orang ramai untuk berniaga saja.
"Saya muat naik video promosi Ruhainies dan Bella di media sosial, tapi ada pula peminat tegar yang marah dan minta saya gugurkan nama Ruhainies. Tak bolehlah saya buat begitu.
Saya sudah lama kenal sejak mereka mula mencari rezeki dalam bidang seni dan berniaga di festival saya tahun ini.
"Jadi takkan disebabkan isu peribadi mereka, ada peminat yang tak suka pada Ruhainies nak boikot festival saya. Tak adillah, kasihan artis-artis lain yang nak meniaga termasuk vendor yang mengambil bahagian tahun ini," katanya kepada Harian Metro.
Menurut Ifa, dia memohon orang ramai untuk berhenti mengecam atau memboikot festival miliknya itu sebaliknya mendoakan yang terbaik untuk kedua-dua selebriti itu.
"Saya mohon jasa baik anda semua untuk mendoakan yang terbaik daripada terus nak mengecam dan memburukkan lagi keadaan .
"Apa kata kita mendoakan semoga isu ini dapat dipulihkan dengan segera walaupun berita ini amat menyakitkan hati semua pihak.
"Saya juga harap mereka dapat selesaikan perkara ini dalam keadaan yang tenang walaupun bukan dalam situasi yang baik tapi seelok-eloknya dibawa berbincang ke tempat yang dapat mengadili kedua-dua belah pihak," katanya.
https://www.hmetro.com.my/rap/2024/03/1070376/kenapa-saya-pula-orang-nak-boikot-ifa-raziah

laksmanabentan Publish time 16-3-2024 10:42 AM

laku lagi ker starvendors nih???

manopBKK Publish time 16-3-2024 12:00 PM

Puk takot tak balik modal letew

slyfynx Publish time 16-3-2024 12:06 PM

Last year aku ade program mase bulan pose.
So stay dekat Seri Pacific Hotel.
Mase sahur ramai la retis2 turun sahur situ.
Rase mcm ramai la jgk yang gi booth2 diorang ni kot.
Ye la, sbb nk jmp retis kan.

anilanil Publish time 16-3-2024 12:22 PM

Nek, ini trend terkini. Namanya CANCEL. Zaman nekpah muda dulu ada arwah TokMat menteri penerangan. Banyak jasa beliau. Mana2 retis yg bodo sombong, takmau potong rambut, ada kes, karya propaganda semua kena GAM. Trend CANCEL ni alternative GAM la. Dah pihak yg terlibat taknak ambil tindakan, netizen usaha je la CANCEL ni. Kami ni bukan level Korea Selatan pon, sekadar tidak mahu menormalisasi kegiatan tidak bermoral. Nekpah kena cepat sikit bertindak yer. Contohi Kitsui & Mydin. Sila ikuti perkembangan zaman.

noor2 Publish time 16-3-2024 12:26 PM

Dah knp lain benor muka perempuan ni..plastik sgt

kepompong Publish time 16-3-2024 01:34 PM

Ayat pertama dia betul dah..... alep yg punya angkara , apehal pulak org lain yg kena tempias

Suchi Publish time 16-3-2024 01:58 PM

Kaya gak dia ada modal jd penganjur bagai
Btw wujud lagi event gini eh
10 tahun dulu pemes la mcm mood republic bagai tu ntah mana pi kena benam dh kot

LadyCarefree Publish time 16-3-2024 03:16 PM

Suchi replied at 16-3-2024 12:58 PM
Kaya gak dia ada modal jd penganjur bagai
Btw wujud lagi event gini eh
10 tahun dulu pemes la mcm mo ...

Penganjur expo yg berjaya tarik ramai penjual boleh buat duit banyak chuols. Sbb barang2 laku atau tak laku, dia tetap untung. Mcm Absolut Fest tu besar2an sekali sauk paling kurang 100k bersih.

sukanyanyi Publish time 16-3-2024 03:54 PM

Bagus kaka ifa, matang n adil, i like

sukanyanyi Publish time 16-3-2024 03:58 PM

Suchi replied at 16-3-2024 01:58 PM
Kaya gak dia ada modal jd penganjur bagai
Btw wujud lagi event gini eh
10 tahun dulu pemes la mcm mo ...

Mcm byk je chuols, iols tgk kat ig sokmo2 ade event ni, mcm tiap taun. Also yg mcm kaka di atas ckp, absolutefoodfest tu. Yg besar mcm 2 ni la sbb byk gegilos retis terlibat. Tp iols lom gi lg pun

sukanyanyi Publish time 16-3-2024 04:00 PM

Lapa la pulaaak terbayang makanan...isk

anony-mous Publish time 16-3-2024 05:03 PM

sukanyanyi replied at 16-3-2024 03:54 PM
Bagus kaka ifa, matang n adil, i like

Yep bg i, stakat event mcm ni, xpyh la smpai boikot overall event. Mcm drama tu elok la digugurkan sbb libatkan byk episode. Klau i pon buat mcm ipa rajiah ni. Xkuasa nk masuk cmpur

miss_jay Publish time 16-3-2024 05:48 PM

Aik bukan ke ruhainies dah tarik diri dari event ni.

Mimo.mimo Publish time 16-3-2024 06:10 PM

miss_jay replied at 16-3-2024 05:48 PM
Aik bukan ke ruhainies dah tarik diri dari event ni.

Lepas kata nak boikot, baru dia tarik diri.

sleepandream Publish time 16-3-2024 09:23 PM

boikot konon... takde maknenye...
iols tengok RTM TV1 tu ha elok jah siar iklan drama aliff aziz ni nonstop...
tv lain iols tak belek lagi... takde masa...

ReginaGeorge Publish time 17-3-2024 09:16 AM

Nek pah pon cari makan. Gara2 retis lain yg buat onar, dia pulak yg terkena tempias. Tp baguslah, kemut sendiri tarik diri. Takud la tue...

chinta89 Publish time 17-3-2024 09:46 AM

dah ko sibuk nk interframe mslh rumahtangga org pahtu suh org jgn boikot ruru. mmg vodo la

stingerkaypoh Publish time 17-3-2024 10:10 AM

Dah merenyam..org pun meluat.

Whitney72 Publish time 17-3-2024 10:56 AM

Gara2 kejayaan memboikot produk Mcd dan Starbuck dan ejen2 Yahudi lain...retis pun fobia skrg...bgus tu ..satu prkmbangan baik...x perlu bersekongkol dgn yg munafik
Pages: [1]
View full version: 'Kenapa saya pula orang nak boikot?' - Ifa Raziah


ADVERTISEMENT