maklukpenggoda Publish time 16-3-2024 08:06 AM

A Aida seru kerajaan 'blacklist' selebriti bermasalah, malukan industri seni

Edited by maklukpenggoda at 16-3-2024 08:07 AM

Kuala Lumpur: Penerbit Datuk A Aida menyeru kerajaan agar mempraktikkan semula amalan menyenaraihitamkan selebriti bermasalah dan memalukan industri seni supaya setiap individu berwaspada dengan tindakan yang dibuat.
A Aida berkata, dia percaya langkah sedemikian akan membuatkan selebriti yang bermasalah itu berfikir panjang sebelum melakukan perkara yang menjerat diri mereka.
"Bagi saya 99 peratus orang dalam industri seni semuanya adalah baik, tapi hanya ada satu peratus saja yang bermasalah dan menjejaskan nama baik industri seni... Hanya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Jadi wajarlah individu yang bermasalah ini diberi hukuman yang setimpal," katanya kepada Harian Metro.
"Saya minta syarikat produksi untuk menyenarai hitam artis yang bermasalah seperti ditangkap khalwat atau terbabit dengan penyalahgunaan dadah. Golongan artis ini seharusnya menjadi contoh terbaik kepada masyarakat kerana mereka dipandang tinggi dan menjadi idola buat peminat.
"Jadi takkan artis yang bermasalah ini kita nak terus sokong. Saya masih ingat lagi sewaktu awal pembabitan saya dalam dunia seni ada beberapa artis yang disenarai hitam atau digam oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) selama bertahun-tahun dan tidak dibenarkan keluar TV.
Menurut A Aida, syarikat produksi miliknya sudah menyenarai hitam pelakon Ruhainies daripada terbabit dengan drama terbitannya yang bakal menjalani penggambaran April ini.
"Ketika saya mengetahui Ruhainies ada menjalin hubungan dengan Aliff Aziz di lokasi penggambaran dan dicekup berkhalwat, saya terus 'blacklist' namanya daripada terbabit dengan drama terbitan syarikat saya yang sepatutnya menjalani penggambaran April ini.
"Bagi saya, individu seperti ini layak diberi pengajaran dan tidak sepatutnya diberi ruang untuk terus berada dalam industri seni. Saya enggan virus seperti ini terus berleluasa," katanya.
Menurutnya, keputusan menyenaraihitamkan Ruhainies memberi rezeki berganda kepada isteri kepada Aliff Aziz iaitu Bella Astillah untuk terbabit dalam syarikat produksinya.
"Saya tak sanggup melihat wanita seperti dia terus dianiaya, apatah lagi ditipu hidup-hidup oleh rakan baik sendiri.
"Jadi saya terus hubunginya dan tawarkan dia untuk terbabit dalam tiga drama yang bakal saya terbitkan dalam program saluran Salam HD.
"Saya harap pertolongan ini dapat memberi sedikit kelegaan untuk Bella meneruskan kehidupan selepas ini. Dia mempunyai tanggungjawab yang berat, jadi sama-samalah kita membantunya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/rap/2024/03/1069966/aida-seru-kerajaan-blacklist-selebriti-bermasalah-malukan-industri-seni

Manusiabesa Publish time 16-3-2024 09:21 AM

Kudos. I love the way she protect bella.. style mak2 sgt. Oh satu lg mkcik, tlg jugak ajak org boikot kat retis/bekas retis yg scam dlm meniaga. Sian ejen dri kampung, ibu tunggal, org miskin... jd ejen or ds company retis..ingtkn sng nk buat sale sbb dh ada fame... tup2 di scam oleh ponder... ujong2 stok belambak kena kambus blkg rumah time mlm sbb tkut siang2 jiran nmpak......kejap teh kukote..kejap inai hitam..... kejap bantal zikrullah.... now terkini.... buku perjalanan seorang hajjah niqobis....dan kaabah zikrullah...... dulu shushu pishang yg guna esen pisang sahaja... cukup2 memualkan. Tlg blacklist gak ye.... jgn bg dia renew kad keahlian retis....

Gianna111 Publish time 16-3-2024 09:25 AM

louder sis.memang perlu dilaksanakan pun.dah banyak dan acap kali retis buat hal.patut di gam setaun dua depend dgn kesalahan yang mereka lakukan. btw benda gini FINAS tak buat apa apa erk?

Hoola Publish time 16-3-2024 09:33 AM

achik sokom
retis, influncer(besar tgjwb ni as INFLUNCEr to influnce org)yg prngai hazab,sila kambus

ninajaybee Publish time 16-3-2024 09:34 AM

Boikot juga drama2 yg tak pentingkan bakat bila bagi job kat retis. Yang tak professional bagi job semata2 sbb kesian dll. Buat gini, aniaya pelakon yg berbakat yang deserve the job.

virgo19 Publish time 16-3-2024 09:34 AM

Blacklist juga retis tunjuk seksi melampau (tak kira laki/pompuan), pernah ada gambar/video xxx, hubungan songsang, mulut cabul suka maki, suka gaduh kat media sosial.

Manusiabesa Publish time 16-3-2024 09:37 AM

ninajaybee replied at 16-3-2024 09:34 AM
Boikot juga drama2 yg tak pentingkan bakat bila bagi job kat retis. Yang tak professional bagi job s ...

Halah yg lawa dan berbakat tu pegi je la kt production lain. Klu a aida tegas, belambak lg director lain yg gentle sikit. Lain director lain cars bekerja. Toksah dok gabra. Masing2 pun nk cari mkn.

ninajaybee Publish time 16-3-2024 09:38 AM

virgo19 replied at 16-3-2024 09:34 AM
Blacklist juga retis tunjuk seksi melampau (tak kira laki/pompuan), pernah ada gambar/video xxx, hub ...

Sokong juga!

Nurdianah Publish time 16-3-2024 10:05 AM

Yasszaaaaah!


MisXoXo Publish time 16-3-2024 10:10 AM

Bukan Ruhainees ja ko blacklist..Aliff tu samaa..apa satu pihak aja

kakakgarang Publish time 16-3-2024 10:16 AM

nek aa tade kisah silam yang memalukan industri ke? tanya je

alesandra Publish time 16-3-2024 10:24 AM

Bagi aku kenapa kerajaan kena jadi moral police? satu hal pulak keje...gomen xde kejelain yg lebih penting ke acik??lebih2 lagi kes khalwat ini peribadi..ko punya conscience laorg dlm industri nak memboikot.

Cleocatra Publish time 16-3-2024 10:29 AM

Mintak jugak kerajaan jangan bagi kabel kat orang2 tertentu industry ni. Asyik produksi dia je….;P manalah tak kaya. Gelang cartier sampai siku (jangan pembaris)

anakkerengga Publish time 16-3-2024 12:00 PM

Manusia ni selalu buat salah.. kalau yg buat salah tu sudah bertaubat dan berubah kena la bg peluang utk dia cari mkn jg

anilanil Publish time 16-3-2024 12:27 PM

TokDa jangan lupa blacklist alep sekali. Kang dia mai main gitar, nyanyi suara husky, kenyit mata mau tetiba jadi tok laki terbaharu pulak..

nw111 Publish time 16-3-2024 01:13 PM

Manusiabesa replied at 16-3-2024 09:21 AM
Kudos. I love the way she protect bella.. style mak2 sgt. Oh satu lg mkcik, tlg jugak ajak org boiko ...

I pelik ye..kenapa setiap kali dia keluar product org masih beli and sebok nak jadi agent...dh tau track record tak ok..patut jgn sekali2 terjebak

imanjannah Publish time 16-3-2024 01:20 PM

ingat masa zaman tok mat dulu..

Manusiabesa Publish time 16-3-2024 01:37 PM

nw111 replied at 16-3-2024 01:13 PM
I pelik ye..kenapa setiap kali dia keluar product org masih beli and sebok nak jadi agent...dh tau ...

Lobenak dia lah ada sekor dua lg... xlama lg benak2 tu pun akan angkat kaki... bangkai kalu busuk tutup cane pun lama2 kantoi jugak... now pkai jubah meleret2 baju tuck in serata alam pun org dh meluat.

teen_angelJB Publish time 16-3-2024 03:07 PM

Ko pun sama... Muka fake..
Ok.. Sambung pose
Sibuk hal org...

Suchi Publish time 16-3-2024 03:20 PM

virgo19 replied at 16-3-2024 09:34 AM
Blacklist juga retis tunjuk seksi melampau (tak kira laki/pompuan), pernah ada gambar/video xxx, hub ...

Agak mustahil kat malaysia ni
Berdasarkan rekod2 lepas rata2 pelakon mendonia lepas terlibat ngn kontroversi
Zaman tok mat maybe la ada yg kena gam tp sejak era awal 2000an dulu retis wanita yg terlibat ngn laki org, cinlok, pakai baju seksi dan asik ada kontroversi je jd popular sampai menang pelakon abpbh
Kesudahannya industri seni tanahair nih dipenuhi manusia2 tak bermoral tp tetap jd idola masyarakat.


Sini tak mcm kat korea n jepang
Tak kira berbakat ke berdisiplin
Bye bye la jawabnyaa

Pages: [1] 2
View full version: A Aida seru kerajaan 'blacklist' selebriti bermasalah, malukan industri seni


ADVERTISEMENT