maklukpenggoda Publish time 15-3-2024 11:55 PM

Info panas: Photo Ruhainies dikaburkan pengiklan, takut jualan terjejas!

Edited by maklukpenggoda at 16-3-2024 02:54 AM

PETALING JAYA – Gara-gara terpalit dengan kes khalwat, sebuah jenama produk kecantikan popular mengambil tindakan mengaburkan wajah pelakon Ruhainies dalam iklan sempena Ramadan dan Aidilfitri.
Wakil syarikat menegaskan tindakan sedemikian bagi mengelak salah faham selain enggan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang berkelakuan buruk atau terbabit dalam sebarang kontroversi.
“Sempena bulan Ramadan Al Mubarak ini, kami dengan rendah diri ingin memohon ampun dan maaf atas segala kesulitan dan kekeliruan yang berlaku terutama membabitkan seorang artis terkenal tanah air.
“Penggambaran iklan produk ini menggabungkan tiga artis iaitu Wany Hasrita, Hisyam Hamid dan Ruhainies, manakala pemilihan mereka dibuat selepas penelitian rapi dilakukan pada Oktober 2023,” kata pihak terbabit dalam satu kenyataan media.
Wajah dua lagi selebriti yang terbabit dalam komersil tersebut iaitu Hisyam Hamid dan Wany Hasrita bagaimanapun tidak dikaburkan.
Pihak jenama turut berharap insiden membabitkan Ruhainies tidak memberi kesan dan menjejaskan penyiaran iklan berkenaan.
“Berhubung dakwaan ditangkap khalwat yang dihadapi seorang pelakon, kami harap perkara ini tidak memberi kesan kepada tayangan iklan yang dijayakan seramai 100 kru produksi,” ujarnya.
Video berdurasi 10 saat itu turut dimuat naik dan dikongsikan pengguna media sosial dalam pelbagai platform digital.
Menerusi semakan, dialog dilontarkan Ruhainies yang terpalit dengan kontroversi disyaki berkhalwat dengan pelakon Aliff Aziz pada 9 Mac lalu juga tidak dibuang.
Tindakan tegas syarikat pengeluar jenama dan pemasaran produk berkenaan meraih maklum balas ramai yang rata-rata memberikan sokongan padu.
“Mohon haramkan mana-mana artis yang memandang rendah wanita lain, apatah lagi terhadap agamanya sendiri,” kata seorang netizen.
“Harap ini yang terakhir, selepas ini jangan kutip lagi orang macam ni,” tulis pengguna lain.
“Harap selepas ini ambillah selebriti yang lebih layak,” komen pelanggan produk tersebut. – KOSMO! ONLINE

Barebow77 Publish time 16-3-2024 12:08 AM

Hatni mmg lawak..mmg selayaknya dikaburkan..moga bella tersenyum sinis..:loveliness:

sukanyanyi Publish time 16-3-2024 12:13 AM

Ada tengok ni tadi.. ingatkan buat lawak je, rupanya mmg betul diblurkan.. tak sangka nasib runenes ni jd mcmni.. dulu kemain mcm mendonia.. k lah, industri dah bleh bg ruang org lain naik lak. Babai runenes' career :bye:

manamana123 Publish time 16-3-2024 12:35 AM

hahaha social sanctions

MeowPARSI Publish time 16-3-2024 12:49 AM

Mmg lawak namati,,, mampuih nk gelak guling

Mary_jane Publish time 16-3-2024 12:50 AM

Laju mydin troll sekali eh.

ninajaybee Publish time 16-3-2024 02:44 AM

Tapi kenapa jenayah syariah tidak innocent until proven guilty? Diorang belum dibicarakan dan dijatuhkan hukuman lagi.

Nurdianah Publish time 16-3-2024 03:27 AM

Ruhanies senasib dgn Starbucks....


Suchi Publish time 16-3-2024 06:12 AM

Nak reshoot kos lagi so guna juga video tu tp blurkan
Org lagi nak tengok iklan ni sebenarnya, harap org lelaki dapat kawal nafsu memasing.
Dorang ckp akan lagi membuak2 rasa nak tau kalau tgk yg kena tutup gini

perrrghhhh Publish time 16-3-2024 06:16 AM

kenapa aku rasa kesian kat dia

Suchi Publish time 16-3-2024 06:20 AM

ninajaybee replied at 16-3-2024 02:44 AM
Tapi kenapa jenayah syariah tidak innocent until proven guilty? Diorang belum dibicarakan dan dijatu ...

Ingat tak artis korea yg bunuh diri sblm ni dia pun terpalit ngn kes dadah, blm sabit bersalah pun masih tgh siasat tp dah kena cancel mcm2.

Dorang berdua ni dikira tak bermoral sbb didakwa kes khalwat.
Dorang pun dah bg kenyataan mmg ada berdua2an dlm umah tu pun dh cukup utk disabitkan bawah seksyen 27(khalwat)

bambimo Publish time 16-3-2024 06:21 AM

Wow amazing..dulu dutanya Anna Jobling dia dpt replace anna
Aku kenal produk pun sbb nmpak bill board muka ana sebesar Alam dkt highway

honeybee1802 Publish time 16-3-2024 06:22 AM

Suchi replied at 16-3-2024 06:12 AM
Nak reshoot kos lagi so guna juga video tu tp blurkan
Org lagi nak tengok iklan ni sebenarnya, harap ...

Nak edit keluar pun payah canggung plak...haha..last2...cenggitu la dpt ke R

Hoola Publish time 16-3-2024 06:45 AM

kahlahlahkahkahhhhh
sekian hrp maklong lah che kak che abg oii
dan seluruh umat
dont mess with agama
dont mess with adab kesopankesusilaan

the aib or karma will come itselves

chandrahusin Publish time 16-3-2024 07:12 AM

Malas lah nak gelak kan org lain
Hadap lah bahagian msg2

lightheaded67 Publish time 16-3-2024 07:58 AM

Edited by lightheaded67 at 16-3-2024 08:04 AM

serius aku rasa tak berbaloi karier rejeki jd rosak sbb jantan sendu sperti alip... hai lah, jgn lah lepas ni sape2 tjebak dah dgn dia ni, dia ni dari bujang kan mmg mcm2 isu. y ruhainies y y?? :dizzy: :dizzy:

org lelaki kalau isteri/rumahtangga dia sndiri pun dia tak hormat jaga air muka, ko tak payah la harap lebih. sama dgn org perempuan, pempuan pangkat bini org tak jaga perangai aib isu sensitif tak payah la ko expect tinggi2 kat dia. (melainkan dah jadi kezaliman tu lain la eh, jgn la dh tahap jenayah pukul ko diam je aib katanya huhu)

chilly Publish time 16-3-2024 08:05 AM

Nurdianah replied at 16-3-2024 03:27 AM
Ruhanies senasib dgn Starbucks....

Maybe Fatehah kena gantung banner macam kepci bagi membuktikan beliau tidak bersalah.

caca_eric Publish time 16-3-2024 08:12 AM

ninajaybee replied at 16-3-2024 02:44 AM
Tapi kenapa jenayah syariah tidak innocent until proven guilty? Diorang belum dibicarakan dan dijatu ...

Dlm Islam ckap jauhi zina
Dan perkara yg menghampiri zina

Duduk berdua2 an tu menghampiri zina la wpun sekejap

caca_eric Publish time 16-3-2024 08:15 AM

lightheaded67 replied at 16-3-2024 07:58 AM
serius aku rasa tak berbaloi karier rejeki jd rosak sbb jantan sendu sperti alip... hai lah, jgn lah ...

Alip ni kalau tgk intvw dia citer masa sek pun acah2 play victim
Dia lah paling inesen dialah mangsa buli dialah paling skema.. tak cool lgsg

lightheaded67 Publish time 16-3-2024 08:20 AM

caca_eric replied at 16-3-2024 08:15 AM
Alip ni kalau tgk intvw dia citer masa sek pun acah2 play victim
Dia lah paling inesen dialah mang ...

oyeke ish.. susah la mcm tu, dia je mangsa huhu agknye pandai buat ayat kesian, aweks2 dari kesian jd feeling lain
Pages: [1] 2 3
View full version: Info panas: Photo Ruhainies dikaburkan pengiklan, takut jualan terjejas!


ADVERTISEMENT