Vellfire Publish time 15-3-2024 07:44 PM

Dua lelaki mengaku tidak bersalah rogol remaja bawah umur

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240315/mahkamahsibu.jpeg

SIBU: Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kapit hari ini atas pertuduhan bersama merogol seorang remaja bawah umur, 13 November tahun lepas.
Hakim Marutin Pagan memerintahkan kedua-dua tertuduh bebas dengan ikat jamin RM7,000 dengan dua orang penjamin.
Mahkamah turut menetapkan 14 Mei 2024 ini sebagai tarikh pengurusan kes terhadap kedua-dua tertuduh.
Berdasarkan pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa merogol secara berkumpulan mangsa yang berumur 14 tahun pada 13 November 2023, kira-kira jam 10 pagi di sebuah bilik rumah tidak bernombor di Jalan Awang Sutoh, Belaga.
Sehubungan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan, yang sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun.
Pendakwaan kes dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya David Bakit sementara tertuduh tidak diwakili.      

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/15/dua-lelaki-mengaku-tidak-bersalah-rogol-remaja-bawah-umur
Pages: [1]
View full version: Dua lelaki mengaku tidak bersalah rogol remaja bawah umur


ADVERTISEMENT