Vellfire Publish time 15-3-2024 07:38 PM

Polis buru penunggang motosikal provokasi pengguna jalan raya lain

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240315/kch-ub150324-jl-ahsmon-p1.jpg

Tangkap layar dari video kejadian yang tular di media sosial.
KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching kini sedang memburu seorang penunggang motosikal yang dilaporkan membuat provokasi ke atas pengguna jalan raya lain.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, kejadian dipercayai berlaku di Jalan Demak di sini, sekitar jam 5.20 petang Khamis.
Menurutnya, video kejadian yang dirakam kamera papan pemuka kereta mangsa telah tular di media sosial.
"Pihak polis telah menerima satu laporan polis berkaitan video tular tersebut.
"Pihak polis sedang mengesan penunggang motosikal dan mohon orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat," katanya menerusi satu kenyataan.Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/15/polis-buru-penunggang-motosikal-provokasi-pengguna-jalan-raya-lain
Pages: [1]
View full version: Polis buru penunggang motosikal provokasi pengguna jalan raya lain


ADVERTISEMENT