Vellfire Publish time 15-3-2024 07:36 PM

Tiga lelaki terlibat kes provokasi terhadap Larry Sng, positif dadah

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240315/logopolis.jpg

JULAU: Tiga lelaki yang terlibat dengan kes provokasi terhadap Ahli Parlimen Julau Datuk Larry Sng Wei Shien disahkan positif dadah jenis benzo dan ketamin.
Ketua Polis Daerah Julau DSP Andam Sulin berkata, ketiga-tiga lelaki terbabit telah didakwa di Mahkamah Majistret Sarikei pada Khamis.
"Tiga lelaki tersebut didakwa di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dijatuhkan hukuman denda RM2,500 atau tiga bulan penjara dan menjalani pengawasan di bawah Seksyen 2 Penagih Dadah (Rawatan dan Akta Pemulihan 1983) selama dua tahun.
"Ketiga-tiga lelaki tersebut telah memilih untuk membayar denda berjumlah RM2,500 dengan seorang penjamin tempatan," kata Andam kepada media, hari ini.
Dalam kejadian tersebut, empat lelaki telah melakukan provokasi terhadap Ahli Parlimen Julau dan seorang daripada mereka didakwa menolak seorang daripada penyokong wakil rakyat tersebut hingga menyebabkan kecederaan di bahagian belakang kepala.
Lelaki yang telah mencederakan penyokong wakil rakyat tersebut telah didakwa didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan telah dijatuhkan hukuman penjara sehari atau denda RM100 dalam perbicaraan pada Febuari lepas, manakala tiga lelaki lagi dijadikan sebagai saksi pendakwaan di bawah Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah dan didakwa di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Menurut Andam, simple urin ketiga-tiga lelaki ini telah dianalisis di Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Sibu.
"Sehubungan itu, kita ingin menggesa masyarakat supaya tidak mengambil sebarang tindakan yang boleh mendatangkan insiden tidak diingini kerana pihak polis akan mengambil tindakan tegas berlandaskan undang-undang yang sedia ada bagi menjamin kesejahteraan dan keselamatan masyarakat selari dengan misi, visi dan objektif pasukan," tegas Andam.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/15/tiga-lelaki-terlibat-kes-provokasi-terhadap-larry-sng-positif-dadah
Pages: [1]
View full version: Tiga lelaki terlibat kes provokasi terhadap Larry Sng, positif dadah


ADVERTISEMENT