Vellfire Publish time 15-3-2024 07:34 PM

Mayat terakhir tragedi bot karam akhirnya dijumpai

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240315/sbw-ub150324-mu-mayatterakhir-p2.jpg

Pasukan SAR membawa mayat mangsa terakhir yang ditemui terapung di kawasan Teluk Seputin kira-kira tujuh kilometer ke hilir dari lokasi kejadian hari ini.
KAPIT: Mayat Konstabel Iskandar Ibrahim, mangsa terakhir dalam tragedi bot karam di Lepong Baleh pada 7 Mac lalu, akhirnya dijumpai hari ini.
Ketua Polis Daerah Kapit DSP Rohana Nanu berkata. mayat mangsa ditemui terapung oleh orang awam pada jam 11.30 pagi tadi.
"Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) telah menerima makluman daripada orang awam yang ternampak mayat terapung di kawasan Teluk Seputin, kira-kira tujuh kilometer ke hilir dari lokasi kejadian.
"Bapa mangsa telah membuat pengecaman dan mayat itu disahkan anaknya (Iskandar Ibrahim) yang terlibat dalam insiden bot karam di SK Lepong Baleh," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Rohana berkata, mayat kemudiannya dibawa ke Hospital Kapit untuk tindakan lanjut.
https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240315/sbw-ub150324-mu-mayatterakhir-p1.jpg

Mayat mangsa terakhir dibawa oleh pasukan SAR untuk dihantar ke Hospital Kapit tengah hari tadi.
"Proses bedah siasat akan diadakan di Hospital Kapit pada jam 8 pagi esok," tambahnya.
Dengan penemuan mangsa terakhir katanya, operasi SAR ditamatkan sepenuhnya pada jam 12 tengah hari.
Dalam kejadian pada jam 5 petang Khamis lalu, bot yang dinaiki lima individu termasuk dua anggota polis iaitu Sarjan Jonathan Lambet dan Konstabel Iskandar Ibrahim, karam selepas melalui pusaran air berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Lepong Baleh.
Ketika kejadian, kedua-dua anggota polis itu dalam perjalanan dari Kapit ke Nanga Tulie bagi mengiringi bahan letupan dan peledak untuk kegunaan kerja-kerja meletupkan batu bagi projek pembinaan jalan di kawasan Baleh.
Turut menaiki bot ketika itu ialah mendiang Emerson John Nain, 47, dan mendiang Jack Balan, 45, manakala seorang lagi orang awam, Moses Ngui, 47, berjaya diselamatkan orang ramai semasa kejadian.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/15/mayat-terakhir-tragedi-bot-karam-akhirnya-dijumpai
Pages: [1]
View full version: Mayat terakhir tragedi bot karam akhirnya dijumpai


ADVERTISEMENT