Vellfire Publish time 15-3-2024 07:32 PM

Kebakaran belukar seluas enam ekar di Sepupok berjaya dipadamkan

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240315/myy-ub-150324-ai-kebakaranbelukar-p1.jpeg

Anggota Bomba berusaha memadamkan api di kawasan belukar Kampung Padang Sepupok, Niah di Miri pada Khamis.
MIRI: Bomba berjaya memadamkan api memusnahkan kawasan belukar dianggarkan berkeluasan enam ekar di Kampung Padang Sepupok, Niah, dekat sini petang Khamis.
Ketua Bahagian Penyiasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri, Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kebakaran terbabit kira-kira jam 3.24 petang.
“Sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah diketuai Pegawai Bomba Kanan II Jeffery Majin bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan berkenaan.
“Setibanya di lokasi didapati kebakaran melibatkan kawasan belukar dalam anggaran enam ekar berlaku di tepi jalan hujung kampung tersebut.
“Kebakaran itu merupakan kebakaran berulang di kawasan yang sama sejak lima hari lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Awangku Mohd Hazmin berkata, pasukan Bomba kemudiannya melakukan operasi pemadaman dengan menggunakan dua unit tong penyembur.
“Setelah memastikan kawasan selamat dan tiada unsur boleh mencetuskan api merebak berulang, operasi ditamatkan kira-kira jam 5.40 petang,” jelasnya.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/15/kebakaran-belukar-seluas-enam-ekar-di-sepupok-berjaya-dipadamkan
Pages: [1]
View full version: Kebakaran belukar seluas enam ekar di Sepupok berjaya dipadamkan


ADVERTISEMENT