Vellfire Publish time 15-3-2024 07:30 PM

Bomba Lawas berjaya padam kebakaran belukar

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240315/lbg-ub-150324-dm-memadak-p1.jpg

Anggota bomba Lawas memadam kebakaran belukar di Trusan, Lawas pada Khamis.
LAWAS: Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas melakukan operasi pemadaman kebakaran belukar tiga jam sebelum ‘sungkei’ di belakang Tokong Trusan dekat sini, pada Khamis.
Ketua BBP Lawas Azman Ibrahim berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 3.05 petang.
“Sebaik tiba di lokasi didapati berlaku kebakaran belukar di belakang Tokong Trusan dan kebakaran melibatkan keluasan setengah ekar.
“Operasi memadam kebakaran itu mengambil masa kurang 10 minit dan setelah keadaan terkawal anggota bertolak balik ke balai jam 3.50 petang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Azman memberitahu sebanyak empat kes kebakaran diterima oleh BBP Lawas sepanjang empat hari umat Islam berpuasa.
Katanya, ia melibatkan dua kes kebakaran belukar dan rumput termasuk diterima pada Khamis dan dua lagi kes adalah kebakaran struktur.
Beliau menasihati orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka terutamanya ketika cuaca panas melanda negara ketika ini.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/15/bomba-lawas-berjaya-padam-kebakaran-belukar
Pages: [1]
View full version: Bomba Lawas berjaya padam kebakaran belukar


ADVERTISEMENT