Vellfire Publish time 15-3-2024 07:29 PM

LHDN Sibu anjur ceramah pendidikan cukai di UTS

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240315/sbw-ub150324-wz-uts-p1.jpg

Para peserta merakamkan kenangan selepas ceramah pendidikan cukai di UTS, baru-baru ini.
SIBU: Program Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) Universiti Teknologi Sarawak (UTS) Pusat Pengajian Perniagaan dan Pengurusan (SBM) menjemput Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Sibu untuk menganjurkan ceramah pendidikan cukai, baru-baru ini.
Ceramah bertajuk 'Rahsia Jimat Cukai Anggaran Tahun 2023' sempena program Sahabat Produk pada 6 Mac lalu disampaikan oleh pegawai LHDN Abdul Hakim Hussien dan pasukannya.
UTS dalam catatan Facebooknya berkata, ceramah itu bertujuan untuk menekankan perkaitan perancangan cukai individu dan memastikan pematuhan cukai."Peserta boleh menghantar soalan mereka semasa sesi soal jawab dan dijawab oleh pegawai LHDN.
"Kemuncak ceramah ialah sesi kuiz Kahoot yang diatur oleh LHDN. Seramai 20 pemain terbaik dan lima terbaik yang menjawab soalan paling pantas dan betul menerima ganjaran istimewa daripada LHDN," kata catatan itu.
UTS berharap acara itu dapat memberikan maklumat yang bernas kepada para peserta untuk perancangan cukai masa depan mereka.
"Bagi pihak SBM, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada LHDN Sibu, Dekan dan Timbalan Dekan SBM, jawatankuasa penganjur, kakitangan UTS dan pelajar atas sokongan yang tidak ternilai yang diberikan dalam menjayakan majlis ini," katanya.
Turut hadir Dekan SBM Dr Winnie Wong Poh Ming dan Timbalan Dekan SBM Dr Rahmat Aidil.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/15/lhdn-sibu-anjur-ceramah-pendidikan-cukai-di-uts
Pages: [1]
View full version: LHDN Sibu anjur ceramah pendidikan cukai di UTS


ADVERTISEMENT