Vellfire Publish time 15-3-2024 07:24 PM

Kerajaan akan bantu bina semula kediaman Penan di Long Kerangan

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240315/myy-ub150324-sn-dennislongkerangan-p1.jpg

Dennis (dua kiri) ketika meninjau keadaan kediaman di Long Kerangan yang ranap semasa lawatannya pada Khamis.
MIRI: Kerajaan negeri melalui Pejabat Daerah Telang Usan akan berusaha membantu mendirikan semula kediaman masyarakat Penan di Long Kerangan yang ranap dalam kejadian kebakaran minggu lalu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dato Dennis Ngau berkata, bantuan kerajaan yang dihulurkan adalah dalam bentuk bahan binaan rumah melalui skim pembinaan semula rumah yang terbakar.
"Kebakaran yang berlaku minggu lepas telah meranapkan sebaris rumah17 pintuyang telah dibina berpuluh-puluh tahun dahulu.
"Dalam lawatan ini, saya menyampaikan rasa simpati saya dan kerajaan Sarawak kepada mangsa dan menasihatkan yang terjejas agar tabah dan bersabar dalam menangani musibah ini," ujar Dennis yang turut melawat mangsa pada Khamis.
Dennis juga menasihatkan mangsa untuk membuat laporan polis tentang kehilangan harta benda termasuklah dokumen peribadi seperti sijil lahir, MyKad untuk urusanmemohon semula dokumen itu.
Dalam lawatan itu juga, Dennis menghulurkan bantuan kewangan kepada 17 keluarga dan lapan pelajar SMK Long Bedian yang terjejas agar ia dapat membantu dalam keperluan bahan persekolahan dan makanan.
"Saya menyeru penduduk Long Kerangan untuk berdoa mengucapkan syukur kepada Tuhan atas kebaikan hati para dermawan yang telah sudi menghulur bantuan dalam pelbagai bentuk.
"Ucapan syukur jugakepada pejabat dan agensi kerajaan yang telah membantu," jelasnya.
Kampung Penan Long Kerangan di Daerah Kecil Long Bedian adalah perkampungan yangterletak lima jam sehala perjalanan menggunakan kenderaan pancuan eempat roda dari bandar raya Miri.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/15/kerajaan-akan-bantu-bina-semula-kediaman-penan-di-long-kerangan-dennis
Pages: [1]
View full version: Kerajaan akan bantu bina semula kediaman Penan di Long Kerangan


ADVERTISEMENT