Vellfire Publish time 15-3-2024 07:19 PM

Sarawak kehilangan tokoh hebat dalam bidang perundangan dengan pemergian Datu Thomas Akin

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240315/kch-ub150324-at-thomasakin-p2.jpg

Gerawat berbual dengan Nancy (tengah), isteri mendiang Thomas Akin sebelum jasadnya dibawa ke perkuburan untuk disemadikan. - Gambar Chimon Upon
KUCHING: Sarawak kehilangan seorang tokoh hebat dalam bidang perundangan dengan pemergian Datu Thomas Akin Jelimin.
Presiden Mahkamah Rayuan Bumiputera itu meninggal dunia pada Selasa lalu pada usia 74 tahun.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala berkata, mendiang telah banyak menyumbang kepada negeri ketika berkhidmat dengan Jabatan Peguam Besar Negeri.
"Saya mengenali beliau secara peribadi ketika beliau mula berkhidmat dengan Jabatan Peguam Besar Negeri dan beliau seorang yang sangat berdedikasi dan profesional dalam tugasnya.
https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240315/kch-ub150324-at-thomasakin-p3.jpg
Ahli keluarga dan kenalan memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Thomas Akin sebelum dibawa ke perkuburan untuk disemadikan. - Gambar Chimon Upon
"Beliau kemudiannya dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan Bumiputera, lantikan tertinggi bagi Mahkamah Bumiputera yang menunjukkan keyakinan dan kepercayaan kerajaan serta komuniti kepada beliau.
"Seperti yang anda sendiri lihat, beliau mengabadikan dirinya kepada kerajaan sehingga hari kematiannya masih lagi dalam perkhidmatan.
"Bagi saya, secara peribadi ini adalah hari yang sangat sedih dan saya berharap keluarganya tabah menghadapi dugaan ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas upacara sembahyang pengebumian mendiang di Gereja St Joseph di sini, hari ini.
Selesai upacara sembahyang, jasad mendiang dibawa ke Perkuburan Katolik Paradisum di Batu 13 untuk disemadikan.
Terdahulu anak sulung mendiang, Winnie Endun berkongsi memori bersama bapanya ketika hayatnya yang mengundang sebak hadirin bagi menyaksikan perjalanan terakhir insan yang mereka kasihi itu.
Dalam pada itu, mendiang meninggalkan seorang balu Datin Nancy Anyau dan tiga anak, seorang lelaki dan dua perempuan.
Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Hii Chang Kee.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/15/sarawak-kehilangan-tokoh-hebat-dalam-bidang-perundangan-dengan-pemergian-datu-thomas-akin
Pages: [1]
View full version: Sarawak kehilangan tokoh hebat dalam bidang perundangan dengan pemergian Datu Thomas Akin


ADVERTISEMENT