Vellfire Publish time 15-3-2024 07:18 PM

Pusat Perkhidmatan PDP Bawang Assan, Pelawan buka kaunter daftar PADU esok

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240315/sbw-ub15032024-fn-padupdp-p1.jpg

Orang ramai diseru untuk mendaftar PADU di kaunter pendaftaran Pusat Perkhidmatan PDP Bawang Assan dan Pelawan esok.
SIBU: Pusat Perkhidmatan Parti Demokratik Progresif (PDP) Bawang Assan dan Pelawan akan membuka kaunter pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU), esok.
PDP Bawang Assan menerusi kenyataan di Facebooknya berkata, kaunter pendaftaran tersebut akan dibuka dari jam 9 pagi hingga 3 petang di Pusat Perkhidmatan PDP Bawang Assan dan Pelawan No.46, Tingkat Satu, Lorong Wawasan 9A.
"Orang ramai diingatkan supaya membawa bersama kad pengenalan dan nombor akaun bank untuk pendaftaran PADU," kata kenyataan itu.
Pembukaan kaunter tersebut bertujuan membantu orang ramai mendaftar dengan PADU, khasnya bagi penduduk setempat yang masih belum berbuat demikian.
Sehubungan itu, orang ramai diseru mengambil peluang mendaftar dengan PADU di kaunter tersebut.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/15/pusat-perkhidmatan-pdp-bawang-assan-pelawan-buka-kaunter-daftar-padu-esok
Pages: [1]
View full version: Pusat Perkhidmatan PDP Bawang Assan, Pelawan buka kaunter daftar PADU esok


ADVERTISEMENT