Vellfire Publish time 15-3-2024 12:05 PM

Pengorbanan dan jasa wanita perlu dihargai

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240314/srk-ub140324-ks-dingwanita-p1.jpg

Ding menyerahkan kuntuman bunga kepada wanita di pekan Bintangor sempena Program Sambutan Hari Wanita 2024 di Meradong pada Rabu.
BINTANGOR: Pengorbanan dan jasa insan yang bergelar wanita perlu dihargai dan disanjung mulia, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing.
Katanya, wanita berperanan penting dalam pembangunan dan pembentukan sesebuah keluarga.
"Pengorbanan dan jasa seorang wanita haruslah dihargai dan disayangi oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur, bangsa dan agama kerana tanpa mereka terdapat banyak perkara tidak dapat dilakukan.
"Wanita merupakan tunjung sesebuah keluarga dan sentiasa berkorban apa sahaja demi keluarga yang tercinta.
"Oleh yang demikian, kita amat berharap semua peringkat masyarakat menghargai jasa golongan ini dan saling memberikan kerjasama dan komitmen yang terbaik kepada golongan ini agar mereka berasa sentiasa dihargai," kata Ding.
Beliau berkata demikian pada Program Sambutan Hari Wanita 2024 di Meradong, pada Rabu.
Pada sambutan serba ringkas itu Ding telah mengagihkan 300 kuntum bunga kepada wanita di sekitar pekan ini.
Menurut Ding, dewasa kini, peranan wanita adalah sama dengan kaum lelaki.
"Jika kita melihat pada masa kini, wanita telah memberikan sumbangan yang amat besar kepada pembangunan sesebuah negara.
"Golongan wanita telah menjawat pelbagai jawatan yang sama dengan kaum lelaki dan tiada lagi yang mustahil bagi golongan ini untuk dilakukan.
"Justeru, kita berharap golongan ini dapat terus maju ke hadapan dan mencapai kejayaan demi kejayaan umntuk dibanggakan bersama dengan keluarga, masyarakat dan juga diri sendiri amnya," kata Ding.
Hadir sama Ketua Wanita Parti SUPP Cawangan Bintangor Chieng Ming Kiong, Timbalan Ketua Wanita Parti SUPP Cawangan Bintangor Sia Sung Moi dan Bendahari Wanita Parti SUPP Cawangan Bintangor Wong Mee Yieng.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/14/pengorbanan-dan-jasa-wanita-perlu-dihargai-ding

Supersirap Publish time 16-3-2024 12:48 PM

Terima kasih kepada semua kaum wanita, salam cinta terima kasih daripada saya
Pages: [1]
View full version: Pengorbanan dan jasa wanita perlu dihargai


ADVERTISEMENT