Vellfire Publish time 15-3-2024 12:01 PM

Tindakan lebih kuat dari kata-kata

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240314/myy-ub140324-sn-yiikatakata.jpg

YII
MIRI: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan semua pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) secara pragmatik telah bekerja keras dengan sikap rendah diri, membuktikan bahawa tindakan adalah lebih kuat daripada kata-kata.
Setiausaha Publisiti dan Penerangan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Pusat, Adam Yii berkata, sikap tersebut amat berbeza dengan retorik kosong dari parti lawan atau pembangkang.
"Hasilnya telah mendedahkan siapa yang serius untuk menyelesaikan sesuatu (permasalahan rakyat) dan siapa yang tidak ikhlas, semuanya jelas di sepintas lalu," tegas Yii.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut itu percaya GPS telah pun membuktikan melalui tindakan bahawa hanya parti tempatan yang akan menjunjung tinggi kepentingan Sarawak.
Yii memberitahu, kenyataan tersebut bukan sekadar slogan pilihan raya yang kosong.
Menurutnya, rakyat negeri ini harus mengiktiraf fakta dan tidak terjerumus dalam pembohongan dan kenyataan mengelirukan dari parti lawan.
Mengulas tentang kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berhubung pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Yii gembira dengan perkembangan dan kemajuan tuntutan bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Fadillah sebelum ini dipetik sebagai berkata, kerajaan sedang meneliti cadangan untuk menginstitusikan amalan bagi mendapatkan persetujuan Yang Dipertua Negeri Sabah dan Sarawak berhubung pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi di dua negeri berkenaan.
Menurutnya perkara itu yang merupakan satu daripada tuntutan asas Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sedang dibincangkan dalam platform perundingan Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 (MTPMA63) dan Jawatankuasa Teknikal di bawah MTPMA63.
Beliau berkata Perkara 122AB Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa melantik Pesuruhjaya Kehakiman tertakluk kepada Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara.
Sementara itu, Presiden Parti SUPP, juga Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dalam memperjuangkan hak terhadap pendidikan dan kesihatan.
"Pada masa ini, semuanya berkembang secara positif. Kita sikap optimis terhadap usaha mendapatkan kedua kuasa ini (pendidikan dan kesihatan)," jelas Yii lagi.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/14/yii-tindakan-lebih-kuat-dari-kata-kata

Supersirap Publish time 16-3-2024 12:52 PM

Walk the talk
Pages: [1]
View full version: Tindakan lebih kuat dari kata-kata


ADVERTISEMENT