Vellfire Publish time 15-3-2024 11:45 AM

Pemaju beri jaminan bina tembok, baiki jalan rosak di Austra Height

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240314/btu-ub140324-ai-baiki-p1.jpg

Pasukan Pusat Khidmat DUN Tanjong Batu tinjau keadaan pembangunan dan bahagian jalan yang runtuh di Austra Height.
BINTULU: Pemaju memberi jaminan untuk membina tembok penahan dan membaiki jalan yang rosak di kawasan perumahan Austra Height Jalan Sibiyu di sini bagi menangani runtuhan di sepanjang bahagian jalan di kawasan itu, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang.
Menurutnya, keadaan yang berlaku akibat runtuhan sebahagian jalan di situ telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang serius pada waktu puncak dan
akses yang sukar untuk penduduk ke kawasan perumahan itu.
Katanya, beliau telah mengarahkan pasukannya untuk menjalankan pemeriksaan di tapak dan berbincang dengan pemaju serta jabatan yang berkaitan untuk memastikan kaedah pembaikan yang betul dilaksanakan di kawasan itu.
"Pemaju telah berjanji untuk membina tembok penahan dan membaiki jalan yang rosak di situ sebagai sikap proaktif dan bertanggungjawab mereka," katanya di sini pada Rabu.
Jelasnya, menurut syarikat pembinaan terbabit, pembinaan tembok penahan dan pembaikan jalan akan disiapkan secepat mungkin dalam masa terdekat.
Justeru, Pang meminta semua pihak memahami kesulitan yang dialami penduduk yang terjejas di kawasan itu dan pasukan perkhidmatan kita telah melawat semula tapak itu untuk meninjau kemajuan pembangunan di kawasan itu.
"Kita amat berharap projek pembaikan jalan itu dapat disiapkan secepat mungkin," ujarnya.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/14/pemaju-beri-jaminan-bina-tembok-baiki-jalan-rosak-di-austra-height

Supersirap Publish time 16-3-2024 12:56 PM

Nama sudah international
Pages: [1]
View full version: Pemaju beri jaminan bina tembok, baiki jalan rosak di Austra Height


ADVERTISEMENT