Vellfire Publish time 15-3-2024 11:36 AM

Jumlah CCTV di Taman Selera Muhibah ditambah untuk tangani kes curi

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240314/sbw-ub140324-wz-tiang-p1.jpg

Tiang (dua kanan) ketika meneliti pelan Taman Selera Muhibah bagi pemasangan CCTV.
SIBU: Lebih banyak kamera litar tertutup (CCTV) akan dipasang bagi menangani kes-kes kecurian di Taman Selera Muhibah di sini.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan Datuk Michael Tiang, beliau akan menampung kos pemasangan CCTV itu menggunakan peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP).
"Saya akan menggunakan peruntukan RTP DUN Pelawan untuk pemasangan CCTV di Taman Selera Muhibah bagi menjamin keselamatan di kawasan itu.
"Memandangkan banyak kes curi di situ, pemasangan CCTV merupakan satu keperluan," katanya dalam satu hantaran di laman sosialnya, baru-baru ini.
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan kos pemasangan CCTV itu.
Menurutnya lagi, inisiatif pemasangan CCTV itu bukan sahaja janjinya ketika merasmikan taman selera tersebut pada tahun lepas, tetapi ia juga mencerminkan tanggungjawab terhadap keselamatan komuniti setempat.
"Selepas mengadakan tinjuan ke taman selera tersebut serta mengadakan perbincangan dengan pihak Majlis Perbandaran Sibu (MPS), kami memutuskan untuk memasang lebih banyak CCTV di situ.
"Kami juga akan menaik taraf sistem pemantauan sedia ada bagi memastikan setiap sudut taman selera itu dipantau sepenuhnya," tegasnya yang juga Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Pihak majlis juga, katanya, turut bercadang untuk mewujudkan bilik khas pemantauan keselamatan bagi memastikan sebarang aktiviti yang mencurigakan dikesan dan ditangani tepat pada masanya dengan peningkatan kecekapan pemantauan.
"Dengan inisiatif ini, diharapkan ia dapat mengurangkan kes kecurian dan memastikan penjaja dan pengunjung taman selera tersebut dapat menikmati persekitaran yang lebih selamat dan terjamin," tambahnya lagi.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/14/jumlah-cctv-di-taman-selera-muhibah-ditambah-untuk-tangani-kes-curi

Supersirap Publish time 16-3-2024 12:56 PM

Tindakan yang baik
Pages: [1]
View full version: Jumlah CCTV di Taman Selera Muhibah ditambah untuk tangani kes curi


ADVERTISEMENT