maklukpenggoda Publish time 15-3-2024 08:13 AM

Ruhainies akhirnya mohon maaf, lambat buka pintu atas faktor keselamatan katanya!

Edited by maklukpenggoda at 15-3-2024 08:18 AM

KUALA LUMPUR: Pelakon Ruhainies akhirnya bersuara dan memberikan penjelasan berhubung dakwaan terbabit dalam kes khalwat bersama pelakon, Aliff Aziz di sebuah kondominium mewah di ibu negara, baru-baru ini.
Ruhainies menerusi laman Instagram (IG) miliknya malam ini berkongsi situasi sebenar yang berlaku pada hari kejadian.
"Pada hari itu, saya baru selesai menjalani penggambaran dan konvoi bersama PA (Pembantu Peribadi) pulang ke rumah. Hari itu juga, adik-beradik memang merancang tidur di rumah.
Berkongsi lanjut, Ruhainies memberitahu, dia dan Aliff sempat berborak sementara menunggu dan tidak lama kemudian, pintu rumahnya diketuk.
"Saya ingatkan, itu kakak saya sebab dia cakap sudah nak sampai. Tapi, apabila mendengar suara lelaki, semestinya saya takut untuk membuka pintu atas faktor keselamatan.
"Kemudian, saya hubungi semula kakak supaya datang secepat mungkin dan periksa siapa di depan pintu. Apabila sampai, dia sahkan itu adalah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan polis.
"Dia maklumkan kepada mereka, dia memang sepatutnya sudah sampai dan berada bersama dalam rumah kerana berjanji untuk turut serta. Tapi, disebabkan kesesakan lalu lintas terpaksa ambil masa lebih lama memandangkan keesokan hari adalah hujung minggu," tulisnya.
Tambah Ruhanies, kakaknya juga maklumkan bahawa Bella dan pihak media turut berada di depan pintu.
"Jadi, atas faktor keselamatan dan mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku, kakak minta saya tidak membuka pintu dahulu.
"Selepas berbincang dan ada budi bicara agar pihak berwajib sahaja yang ada di depan pintu, barulah saya buka.
"Selepas dijalankan pemeriksaan, tidak ada apa-apa berlaku. Tetapi, hanya mengikut prosedur yang perlu dilakukan oleh pihak berkuasa, saya hanya perlu memberi keterangan sahaja.
"Selepas selesai, saya kembali ke rumah," katanya.
Bagaimanapun, Ruhanies mengakui kekhilafannya di sisi agama kerana berada dalam situasi yang boleh menimbulkan syak wasangka yang seharusnya dielakkan.
"Siasatan dijalankan oleh JAWI dan saya berikan kepercayaan penuh terhadap mereka. Saya juga ingin berterima kasih kepada JAWI atas kerjasama, penjagaan penuh diberikan kepada saya ketika kejadian.
"Siasatan telus juga telah dibuat oleh JAWI.
"Saya juga ingin menegaskan bahawa saya dan Aliff hanyalah kawan biasa dan bekerjasama dalam drama yang sedang kami bintangi.
"Aliff adalah rakan dan kenalan keluarga saya termasuk adik-beradik sejak 10 tahun lalu," katanya.
Justeru, Ruhainies memohon maaf kerana membiarkan perkara ini berlarutan tanpa kenyataan dan menyebabkan beberapa pihak memanipulasikan pelbagai fakta yang tidak benar dan tidak tepat.
"Saya sayangkan persahabatan saya dengan Bella dan berharap agar dia dan Aliff tidak akan berpisah.
"Saya juga bersedia untuk berbincang apabila Bella sudah bersedia.
"Saya berharap kenyataan saya ini tidak akan dijadikan bahan provokasi kerana saya tidak ada niat ke arah itu, sebaliknya bersedia menjernihkan keadaan antara kami bertiga.
"Mungkin ada pihak yang akan memilih untuk tidak percaya kepada kenyataan saya. Namun, saya tak boleh memaksa sesiapa untuk percaya.
"Saya cuma ingin menjelaskan situasi yang berlaku dan kenyataan rasmi daripada saya," katanya.
BH

maharani_gebu Publish time 15-3-2024 08:25 AM

Untuk kesekian kalinya.... BACA BOLEH, PERCAYA JANGAN! :lol::lol::lol:

apech Publish time 15-3-2024 08:31 AM

Kenyataan dia memang mengundang keji tau tak.

Apa2 pun mungkin ini alasan terbaik yg dia boleh reka.
1. Knp jemput alif je..tak rasa kekok ke berdua je dgn suami kawan sendiri. Sekurang2nya msg bella. Alif tu tgn dia kudung ke smpai tak blh bagitau bini sendiri.

2. Tgh pagi jem apabenda nya...bella pun sampai dulu. 3 jam tak sampai2 lagi rumah kakak dia dekat mana yg jem sgt2 tu

3. Kata nak buat makan2, walaupun sesuatu sgt makan pukul 2 pagi. Family lain pun jem jugak ke?

4. cctv sblum ni tu apa cerita? buat makan2 jugak ke?

MadameOnion Publish time 15-3-2024 08:36 AM

buruk wajah boleh dimekap tebal..sama level je kemut dan kemek..takda sapa yg lebih lawa dari sapa..sama kg.com

laqoyah Publish time 15-3-2024 08:45 AM

apech replied at 15-3-2024 08:31 AM
Kenyataan dia memang mengundang keji tau tak.

Apa2 pun mungkin ini alasan terbaik yg dia boleh rek ...

cam duduk rumah pangsa..bukan kondo

{:gif_haha:}

matjerk Publish time 15-3-2024 08:48 AM

@maklukpenggoda plssssss thread ni dah ada.. tlg tgk existing thread dulu sebelum nak bukak.... penat la nak berporem. Kenapa skrg mcm ni eh??? Main bukak jer..... tak check dulu ke.. tutup or merge plssssssss

anilanil Publish time 15-3-2024 08:48 AM

Edited by anilanil at 15-3-2024 08:49 AM

Kemut, baik ngan akak ko si kawah bulan diam jer mcm si matrep temasik. Tunggu je la sampai habis kes mahkamah.

guesswho09 Publish time 15-3-2024 08:52 AM

Kata konvoi ngan PA
abih tu PA nya pi mana?

tokchik Publish time 15-3-2024 08:54 AM

ari tu macam lain ceritanya?

Kak-Rohana Publish time 15-3-2024 08:59 AM

“Bukan tiga jam, hanya 30 minit.”


:lol:

IzzahF Publish time 15-3-2024 09:22 AM

Kak-Rohana replied at 15-3-2024 08:59 AM
“Bukan tiga jam, hanya 30 minit.”

3 menet pun tak boleh, bukam mahram. laki org plak tu

intan_smsb Publish time 15-3-2024 09:22 AM

spin lah selagi boleh ye :lol:

di ingat nitezen ni budak2 tadika

noor2 Publish time 15-3-2024 09:23 AM

Errr muka dia.....

Kak-Rohana Publish time 15-3-2024 09:24 AM

IzzahF replied at 15-3-2024 09:22 AM
3 menet pun tak boleh, bukam mahram. laki org plak tu

aalah...makan2 cucur pisang je..

nonarona Publish time 15-3-2024 09:30 AM

ngko dduk kondo mewah kann knape tak call security klu takut org ketuk2 pintu, ni tak sanggup call kakak sendiri dtg konon2 nak backup ngko:curse::o

epullipan Publish time 15-3-2024 09:30 AM

ronghiya sungguh muka dia tu

IzzahF Publish time 15-3-2024 09:33 AM

Kak-Rohana replied at 15-3-2024 09:24 AM
aalah...makan2 cucur pisang je..

cucur lambat nk kunyah, kena 3 jam :laugh3:

edoraixora Publish time 15-3-2024 09:40 AM

terasa bodoh pulak aku dengan alasan2 dia ni
insult my intelligence gitewwww

:doh3::doh3::doh3:

selipar_hijau Publish time 15-3-2024 09:48 AM

Saya ingatkan, itu kakak saya sebab dia cakap sudah nak sampai. Tapi, apabila mendengar suara lelaki, semestinya saya takut untuk membuka pintu atas faktor keselamatan

Pintu dia takde lubang ke untuk menjenguk siapa di luar :$:$

anony-mous Publish time 15-3-2024 10:25 AM

Finally after 3-4 hari fikir, dpt jugak dia jumpa jawapan yg selamat. I 100% percaya jawapan ni tp sbb ada gmbar cctv 25feb, so kantoi menipu di situ. Plus now netizen can start serang ristina semula & boleh cuba sondol isa khan plak sbb ristina sggup menipu utk backup adk dia
Pages: [1] 2 3 4 5
View full version: Ruhainies akhirnya mohon maaf, lambat buka pintu atas faktor keselamatan katanya!


ADVERTISEMENT