CARI-HBZ Publish time 15-3-2024 05:51 AM

Lawak! Shahrol Shiro Tersilap Sekolah Hantar Anak, Tapi Cikgu Sporting Habis

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202403/15/055004uncc138p1gommggz.png



GELAGAT pelawak, Shahrol Shiro yang tersilap menghantar anaknya ke sekolah berlainan pada hari kedua sesi persekolahan dibuka mengundang kelucuan.


Kata Shahrol Azizie Azmi, kesilapan itu hanya disedari selepas dihubungi guru di sekolah berkenaan beberapa jam kemudian agar mengambil Iskandar Rizqi atau Iqi, 7.


“Cerita hari ini (semalam), saya hantar anak ke sekolah. Lepas beberapa jam, saya dapat satu panggilan telefon katanya dari pihak sekolah.


“Risau jugak kalau ada apa-apa berlaku, rupanya saya tersalah hantar anak ke sekolah,” katanya menerusi perkongsian dalam Instagram.


Video tersebut tular di media sosial selepas rakaman berdurasi seminit 10 saat ketika mengambil semula anaknya yang berada di Tahun Satu dikongsi ramai.


Dalam video itu Shahrol dilihat bergegas ke Sekolah Kampong Melayu untuk menjemput anaknya yang sepatutnya di hantar ke Sekolah Tunku Mahmood.


Tak tahu sekolah? Mabuk eh?” gurau seorang petugas sekolah dalam video berkenaan yang turut memuji kebijaksanaan anaknya berdepan keadaan itu.


https://www.instagram.com/p/C4c5772yjCh/


Shahrol juga meminta maaf atas kesilapannya sambil seorang guru menyatakan pengalaman sebegitu hanya berlaku pada individu tertentu.


Difahamkan dia tidak menyedari menghantar anaknya ke sekolah berlainan kerana segala proses kemasukan dan pendaftaran diuruskan isterinya, Ahad lalu.


Atas faktor kesibukan kerja, saya minta bantuan isteri uruskan kemasukan anak ke Tahun Satu. Dalam perbincangan nak masukkan Iqi ke sekolah mana, ada dua nama sekolah yang disebut.


“Rupa-rupanya ayah hantar anak ke sekolah lain. Dah siap masuk kelas belajar tapi dia pelik bila tengok padang tak sama macam sekolah dia sebelum ini.


"Terus dia jumpa cikgu beritahu dia tersilap sekolah. Apabila guru periksa tanda namanya berlainan dengan murid di situ, Iqi dihantar ke pejabat sebelum sekolah menghubungi saya,” ujarnya.


https://www.instagram.com/p/C4eDhwRyb7z/


Dalam hantaran sama, Shahrol, 39, tidak ketinggalan menitipkan pesanan kepada semua bapa supaya tidak melakukan kesilapan serupa.


Kepada ayah di luar sana, jangan lakukan kesilapan sebegini. Maafkan ayah ya Iqi. Terima kasih cikgu-cikgu yang membantu,” katanya lagi.


Menerusi hantaran Facebook isterinya, Nor Farhanah Syamimi atau Anna, pasangan terbabit dilihat terhibur dengan sikap selamba Iqi ketika diusik pulang awal dari sekolah.


Sumber – HIBGLAM

Piramida Publish time 15-3-2024 05:54 AM

Harap bapa2 lebih peka dan ambik tahu.
Tak jadi apa2 oklaaa bolehlah terhibur dgn keletah anak.. . Kalau benda yg buruk jadi menjawab laaaa.

SalenaGomez Publish time 15-3-2024 06:04 AM

Mujur x salah time hari repot kad day. Kalau x sesia menunggu turn x sampai2

Thunderclouds Publish time 15-3-2024 06:09 AM

Despret eh.
Anything fr content.
Sikit pn aku xcaya.

babycc Publish time 15-3-2024 06:13 AM

Thunderclouds replied at 15-3-2024 06:09 AM
Despret eh.
Anything fr content.
Sikit pn aku xcaya.

Tu lah.. aku pon dpt rasa benda ni content.. selama2 ni mmg x amek kesah langsung ke psl anak?

ejans Publish time 15-3-2024 06:31 AM

Make sense je..
Sbb masa apply sekolah tu laki aku yg buat, aku outstation.. sekolah tpt aku ni ada nama sekolah yg sama beza 1 n 2.. aku mati2 ingat yg 1.. sekali 2
.nasib masa pagi separuh jalan tu call balik laki sis

sayurmayur88 Publish time 15-3-2024 07:32 AM

hahaha ye ke??

black_handbag Publish time 15-3-2024 08:44 AM

macam content je. anak dia pon kemahen bangga anak pelawak. pelawak yg mana cikgu tanya? shahrol shiro. kemain bangga padahal sendu di aidilfitri je apaknya

baidewei sbb dia ni gigih nak naikkan nama sendiri balik, dia ni keje apa skrg. dulu dj kan.. lps tu dah xrenew kontrak. skrg keje apa? tgk rumah dgn keta beso2 dalam video tu.. banyak duit dia ye
dgn bini yg ketawa mcm hantu kaklimah tu wah kemahen bahagia bini gelak:lol:

mamapea Publish time 15-3-2024 08:46 AM

mula2 tgk video ni terhibur jugak la...skali tgk mamat ni hmmm..aku rasa mcm content jer...

katnissE Publish time 15-3-2024 08:49 AM


Kenapa kena video kan semua sampai ke dalam sekolah dengan cikgu sekali?

Tak ada polisi ke kat skeolah-sekolah?

Gila konten

vanillaninja Publish time 15-3-2024 08:51 AM

Kalau bukan content, tak kan la tak peka langsung. At least call la bini tanya betul ke nama sekolah masa heols dah nak drop budak tu.

Some people..

black_handbag Publish time 15-3-2024 08:53 AM

content ni. acah2 pelawak terkenal tanahair

klu soeb tu aku kenal la jugak. tapi dia ni?

Cleocatra Publish time 15-3-2024 08:56 AM

Heol betul2 rabun ke? Gigih dia dok melatih diri nak nampak macam yb (contoh; gaya berjalan, bercakap, bergaya)

anilanil Publish time 15-3-2024 08:56 AM

Rasa bukan content tapi malu la jadi bapak yg tak cakna. Btw dak iqi ni anak dari bini terbaharu ke?

Mary_jane Publish time 15-3-2024 08:56 AM

Mula2 tengok macam real jur, sekali siap bervideo bagai sah2 content sis. Masih dengan umno ke tu?

chandrahusin Publish time 15-3-2024 09:00 AM

ada gak yg pikir content & tak terhibur
igt aku je suudzon
klu dia ni entahlah

TomyamPuteh Publish time 15-3-2024 09:02 AM

Mcm tu nk jd wakil rakyat?

talapia Publish time 15-3-2024 09:13 AM

aku caya je..
kadang kita take for granted bila ada orang lain (pasangan) yang uruskan..
bila kena hantar anak sendiri.. menonong je hantar.. rupanya salah sekolah.

aku pernah.. husband outstation...
subuh2 aku hantar ke airport.. dia yg drive. ok je.. selamat la dia naik flight apa smua aku drive balik subuh2 tu.. masa dia drive aku bantai tido.

bila nak jemput dia balik pulak.. aku tunggu.. siap dah sampai awal.. dia pon dah sampai.. tapi masing2 tak jumpa..
rupanya dia turun kat KLIA2.. aku gi pickup kt KLIA.
dalam kepala dah set biasa dia gi outstation naik MAS kat KLIA.. tapi kali ni naik Air Asia.. KLIA2..

morol of the story.. kena alert sikit walau urusan tu semua dah siap diuruskan oleh pasangan.

azimodin Publish time 15-3-2024 09:21 AM

Content. Aku PJJ dengan husband tapi laki aku aware je anak dia sekolah mana. Waktu balik sekolah tu je kadang2 dia confuse sebab ada hari yang ada kafa, ada hari yang ada koku. Baru2 ni tukar sekolah.. bapaknya x ingat yang sekolah baru close gate pagi awal, menangis la anak dia bila tengok gate dah tutup.

areyam Publish time 15-3-2024 09:32 AM

Mary_jane replied at 15-3-2024 08:56 AM
Mula2 tengok macam real jur, sekali siap bervideo bagai sah2 content sis. Masih dengan umno ke tu?

bakal wakil rakyat Johor.... {:1_508:}
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Lawak! Shahrol Shiro Tersilap Sekolah Hantar Anak, Tapi Cikgu Sporting Habis


ADVERTISEMENT