sfhzuraz Publish time 15-3-2024 12:11 AM

Isu telekung RM12,000: Menonjol keistimewaan diri penyakit hati perlu dirawat - Mufti

Isu telekung RM12,000: Menonjol keistimewaan diri penyakit hati perlu dirawat - Mufti


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/wan_salim_penang_mufti_1710430154.jpg
WAN Salim. FOTO Arkib NSTP



Georgetown: Bersikap riak dan menonjol keistimewaan diri kepada orang lain sejenis penyakit hati yang perlu dirawat segera, kata Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.
Beliau berkata, riak boleh berlaku dengan pelbagai cara termasuk menonjolkan ketinggian ilmu, kekayaan, kedudukan sosial dan lain-lain lagi.
Katanya, ia syirik kecil yang mampu mengheret seseorang ke jurang neraka walaupun tidak kekal di dalamnya seperti syirik besar iaitu kufur kepada Allah SWT.
"Ketika menunaikan ibadat sama ada di rumah atau di masjid, seorang muslim perlu menghayati perasaan hina diri atau tawadak di hadapan Tuhannya. Ingatlah Allah SWT tidak melihat kepada pakaian seseorang sama ada mahal atau sebaliknya.
"Malah memakai pakaian yang sederhana ketika beribadah lebih membantu kekhusyukan hati seseorang," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Sehubungan itu, Wan Salim berkata, kualiti ibadat perlu dijaga dan tidak disia-siakan oleh perasaan riak yang boleh menghilangkan pahala ibadat.
"Allah SWT tidak menilai hamba-Nya berdasarkan rupa paras, pangkat kebesaran atau pakaian yang menghiasi dirinya, tetapi Dia menilai seseorang berdasarkan ketakwaan dan komitmen terhadap segala yang diperintahkan," katanya lagi.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan, seorang lelaki, Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman, 32, sanggup membelanjakan RM12,000 bagi menghasilkan telekung bertatahkan 5,000 batu kristal Swarovski.
Lelaki berkenaan menjahit sendiri telekung itu untuk dipakai isterinya ketika menunaikan solat tarawih di masjid dan mendakwa tidak salah bagi melabur untuk pakaian ibadat.
Syed Muhammad Syah Hasif turut berkongsi video berkenaan di TikToknya dan mendapat pelbagai reaksi warganet.


Disiarkan pada: Mac 14, 2024 @ 11:29pm


Isu telekung RM12,000: Menonjol keistimewaan diri penyakit hati perlu dirawat - Mufti (hmetro.com.my)




Pages: [1]
View full version: Isu telekung RM12,000: Menonjol keistimewaan diri penyakit hati perlu dirawat - Mufti


ADVERTISEMENT