CARI-HBZ Publish time 14-3-2024 10:24 PM

Ruhainies Kongsi 4 Golongan Haram Disentuh Api Neraka, Antaranya ‘Layyin’ Iaitu Orang Yang Tidak Ikut Hawa Nafsu

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202403/14/222309u8mag8gmnsngnnwg.png



Sebelum ini, pelakon sensasi Ruhainies berkongsi kata-kata seorang tokoh agamawan mengenai akibat menyebarkan aib orang lain.


Terbaharu, Ruhainies atau nama lengkapnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkongsi empat golongan manusia yang haram disentuh api neraka. Golongan tersebut adalah Hayyin, Qarib, Layyin dan Sahl.


Menerusi perkongsian berkenaan, Hayyin bermaksud orang yang memiliki ketenangan dan keteduhan lahir mahupun batin. Tidak mudah memaki, melaknat serta tenang jiwanya.


Manakala Qarib pula, orang yang akrab, ramah diajak bicara. Menyenangkan bagi orang yang diajak bicara dan murah senyum jika bertemu.


Selain itu, Layyin pula membawa maksud orang yang lembut dan santun. Baik dalam bertutur kata atau sikap. Tidak kasar, tidak ikut hawa nafsu sendiri. Lemah lembut dan selalu menginginkan kebaikan sesama manusia.


Akhir sekali, Sahl iaitu orang yang tidak mempersulit sesuatu. Selalu ada cara untuk selesaikan setiap masalah.


https://www.instagram.com/p/C4cXHD-PQ-E/


Sejak minggu lalu, nama Ruhainies kecoh diperkatakan dalam media sosial selepas dia dan aktor Aliff Aziz ditahan oleh Jabatan Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam satu serbuan yang dilakukan di sebuah kondominium mewah terletak di ibu kota.


Isteri Aliff iaitu Bella Astilla turut hadir ke pejabat JAWI susulan suaminya ditahan namun tidak memberikan sebarang kenyataan disebabkan masih berasa terkejut.


Sementara itu, Aliff dan Ruhainies menerusi hantaran di Instagram Story masing-masing ada mengeluarkan kenyataan dengan meminta orang ramai berhenti membuat spekulasi tidak benar termasuk menidakkan dakwaan mereka ditangkap basah.


Semalam, Bella hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi prosiding pertama sebutan kes perceraian yang difailkan terhadap Aliff. Namun aktor itu tidak menghadirkan diri dengan alasan terlibat penggambaran.


Mahkamah kemudian menetapkan satu tarikh baharu bagi sebutan kedua kes perceraian pasangan itu.


Sumber: Instagram Ruhainies/OhBulan

Fly_over Publish time 14-3-2024 10:31 PM

dgn jawi tu kena tangkap khalwat ke g khusus agama? gayanya dah mcm stazah duk up2 quote islamic :lol:

green~tea Publish time 14-3-2024 10:35 PM

Pehal ko jalan hidup sesat tp confident posting menunggang agama

Suchi Publish time 14-3-2024 10:39 PM

Fly_over replied at 14-3-2024 10:31 PM
dgn jawi tu kena tangkap khalwat ke g khusus agama? gayanya dah mcm stazah duk up2 quote islamic :lo ...

Maybe alif dtg umah dia ajar agama kot
Alif kan org tabligh

selipar_hijau Publish time 14-3-2024 10:46 PM

Suchi replied at 14-3-2024 10:39 PM
Maybe alif dtg umah dia ajar agama kot
Alif kan org tabligh

Ingatkan belajar ilmu hisab

Nurdianah Publish time 14-3-2024 10:54 PM

Orang lain yg bercerai, orang lain yg post ayat2 agama....

Suchi Publish time 14-3-2024 10:56 PM

selipar_hijau replied at 14-3-2024 10:46 PM
Ingatkan belajar ilmu hisab

Eh dia dh post explain pasal
Kejadian aritu tp knp mcm lain je ye
Mcm tak sama ngn apa yg didakwa jawi dan wartawan

yipun_78 Publish time 14-3-2024 10:58 PM

Kang Balas balik post Hadis psl aurat, sosial lelaki pompuan, etc Kang KO murung terus spi pecah kemut KO tu Kang pompuan.... adoooiiii!

makita Publish time 14-3-2024 11:00 PM

Kemut ni mcm belum fhm erti malu kemaluan. Kalau org lain mesti dah sorok muka lepas lalui proses tangkap khalwat..tapi dia ni menten bedul acah acah nerakezen yg buat fitnah. Ke dia ni narcissist?

Hoola Publish time 14-3-2024 11:02 PM

Edited by Hoola at 14-3-2024 11:08 PM

halahnhalah halah halah halah halah halah oiii
diam2 dh leeee
sapa backup dia selain kakak dia??retis lain ada?

dan kata nk bg kenytan kjadian tempohari
mana?bila?asyik up nasihat je????
we want the true story!!???


halaha halah ahalah halahhhhh

sukacactus Publish time 14-3-2024 11:02 PM

Udah2 la describe dia ni as pelakon sensasi, aktres jelita cantik bagai
Nak :I aku baca

bungarose Publish time 14-3-2024 11:04 PM

Laen macam tebal muker ruhanes iyerr
Takder raser malu ker insof ker
Mendongak ke langit iyerr ngko walaupon zero talent, talent zero akhlak and muka very below par as a retis

manopBKK Publish time 15-3-2024 01:35 AM

Cuma 30 menet ;P

rainbowrainz Publish time 15-3-2024 01:50 AM

Edited by rainbowrainz at 14-3-2024 05:53 PM

Jijiklah perangai...kau x buat apa yang ko tepekkan kat ig kitab kiri kau tu nanti tapi kau acah2 buat.. bertapa akhir zaman ni penuh dengan golongan munafik..fasik..kafir..bughat...orang2 yang beriman dah Lama sakit..elok golongan yang sial ni semua cepatlah azab Allah TU sampai biar time tu baru kau nak beriman...tolongggglaahhhh:dizzy::curse:

kaedahnya Publish time 15-3-2024 02:04 AM

macam ni punya level bukan takat bella dengan aku aku sekali speechless

noor2 Publish time 15-3-2024 03:24 AM

Edited by noor2 at 15-3-2024 03:27 AM

Ko jgn jadi artis la kalau nk termasuk dlm golongan yg x disentuh api neraka.Udahla rambut terdedah, baju seksi,bertukar jantan, berlakon bersentuh2an dgn mana2 org bukan muhrim..

ezacbee Publish time 15-3-2024 05:17 AM

Tunggu komen ustazah asma..

{:speco

Kak-Rohana Publish time 15-3-2024 09:55 AM

Jul aripin tersemyum sinis

buapakperut Publish time 15-3-2024 11:15 AM

green~tea replied at 14-3-2024 02:35 PM
Pehal ko jalan hidup sesat tp confident posting menunggang agama

iq dia dua digit je kot

wikedsaikel Publish time 16-3-2024 04:10 PM

Halah halah halahhhh. Perangai perli guna ayat agama macam budak kelas pertengahan hujung.
Pages: [1] 2
View full version: Ruhainies Kongsi 4 Golongan Haram Disentuh Api Neraka, Antaranya ‘Layyin’ Iaitu Orang Yang Tidak Ikut Hawa Nafsu


ADVERTISEMENT