CARI-HBZ Publish time 14-3-2024 10:17 PM

‘Hun Haqeem Baik, Lemah Lembut & Ada Ciri-Ciri Lelaki Idaman’ – Erysha Emyra

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202403/14/221614xo9ro33upxdra33j.png





Pelakon meningkat naik, Erysha Emyra menafikan dakwaan yang mengatakan dia mempunyai hubungan istimewa dengan aktor Hun Haqeem.


Ketika ditemui OhBulan!, Erysha berkata dia dengan Hun hanya berkawan baik dan mula rapat sejak mereka digandingkan dalam sebuah drama.


"Bercinta? Pastinya tidak sama sekali. Hubungan saya dan Hun hanya kawan di set penggambaran dan mungkin rapat sebab sudah bekerjasama dalam tempoh lama."


Erysha berkata demikian ketika ditemui pada sidang media program Ramadan Astro 2024 yang diadakan di M Resort Hotel @ Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Dalam pada itu, anak kepada pelakon veteran Datin Seri Noniswara itu menyifatkan Hun sebagai seorang lelaki yang berbudi bahasa dan lemah lembut.


"Hun seorang lelaki yang baik, bertutur pun lemah lembut. Nak kata dia ada ciri-ciri lelaki idaman, saya rasa dia ada dan ramai lelaki lain pun ada juga."


Sementara itu, Ersyha menegaskan dia tidak mempunyai perancangan untuk mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki kerana mahu fokus karier seni.


https://www.instagram.com/p/Cu9UdyKSlmy/?img_index=1


"Nak ada hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki mungkin belum lagi buat masa sekarang.


"Saya pun masih sangat baru dalam industri jadi, fokus sekarang hanyalah untuk kerjaya dan keluarga sahaja."


Terdahulu, netizen mendakwa Erysha dan Hun mempunyai hubungan istimewa selepas mereka sering dilihat bersama dalam media sosial masing-masing.


Sumber : OhBulan

honey_yayan Publish time 15-3-2024 04:58 AM

ooo anak noniswara rupanya
Pages: [1]
View full version: ‘Hun Haqeem Baik, Lemah Lembut & Ada Ciri-Ciri Lelaki Idaman’ – Erysha Emyra


ADVERTISEMENT