CARI-HBZ Publish time 14-3-2024 10:14 PM

Didi Astillah Bergurau Diserbu Pihak JAWI - "Alamak Tolong JAWI Datang. Tangkap Basah, Tangkap Basah"

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202403/14/221303t6e6vkk55z5ir6aa.png



Pelakon dan adik kepada pelakon Bella Astillah iaitu Didi Astillah seakan memerli aktres Ruhainies dan abang iparnya, Aliff Aziz yang ditangkap khalwat, pada Sabtu lalu.


Menerusi siaran langsung di TikTok, Didi yang sedang sahur sempat bergurau dengan adik lelakinya yang ketika itu masuk ke dalam bilik.


Didi sempat berseloroh dengan membuat POV ada pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) datang membuat serbuan.


"Alamak tolong JAWI datang. Tangkap basah, tangkap basah."


Dalam pada itu, Didi turut menjelaskan tentang hantaran video mesra Bella bersama Ruhainies yang dimuat naik di media sosial miliknya semasa hari kejadian.


"Nanti korang tertanya-tanya siapa, saya tolong korang jangan keliru-keliru. Kalau geram tu kan suka gigit yang macam tu (reaksi gigit bibir). Biasalah kebelakangan ni banyak kegeraman yang berlaku."


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202403/14/221345alcx445sp3c4s4vp.png



Sementara itu, ada pengikut yang bertanyakan tentang masa 3 jam atau 30 minit namun Didi hanya berbasa basi.


"Apa korang ni? Saya makan tak sampai 30 minit."


"Kesian 3 jam. Jam tu yang kena fitnah. Korang ni bulan-bulan puasa pun sibuk ek. Rajin. Biasa ni."


Terdahulu, Didi mengesahkan dua pasangan pelakon yang ditangkap basah itu adalah abang iparnya dan Ruhainies.


Sumber: TikTok @izzypitsy/OhBulan

honey_yayan Publish time 15-3-2024 04:59 AM

pelakon ke didi ni..tak pernah tengok pun

AWEKSAMURAI Publish time 15-3-2024 05:17 AM

Didi ko jangan nak beriya sgt..ko pun x berlaki lagi takut nnti Allah uji plak family ko yang ko plak pecah rekod jd penyondol laki org... Jadikan iktibar je dgn apa yg dh jd tanpa perlu nk ckp apa2..dlu ruhaines tu mcm ni lah dok menganjing penyondol alih2 tgok apa dia buat dgn abg ipar ko.

cranell Publish time 15-3-2024 11:43 AM

anak aku cukup suka dengan didi dan kawan dia.

annabellaruz2 Publish time 15-3-2024 11:52 AM

honey_yayan replied at 15-3-2024 05:59 AM
pelakon ke didi ni..tak pernah tengok pun

iols perasan si didie ni sbb dia berlakon drama 'Sembang jarak jauh' jadi anak didi alias.

serious drama tu lawak.


kakakgarang Publish time 15-3-2024 12:03 PM

yang terasa pedas tu.. mesti komen memacam kat didi.. hahahahaahaha pandai didi ngjing hanjing tersebut.. terhibur akak

ninajaybee Publish time 15-3-2024 12:03 PM

AWEKSAMURAI replied at 15-3-2024 05:17 AM
Didi ko jangan nak beriya sgt..ko pun x berlaki lagi takut nnti Allah uji plak family ko yang ko pla ...

Dedek ni nanti org korek hal2 lama baru tau.

kucingitam Publish time 15-3-2024 12:36 PM

cranell replied at 15-3-2024 11:43 AM
anak aku cukup suka dengan didi dan kawan dia.

HHAAAHHA tu didi lain la...sib baik ko tak tanya kenapa didi ni tak pakai pelik2..

dewi_rina Publish time 15-3-2024 12:37 PM

Ghisau dekkk, kang ko kena mana nak letak muka..

missbigrockstar Publish time 15-3-2024 12:52 PM

Not cool. Aku rasa dia ni patut diam dah kot. Nampak dah perangai 1 keluarga hauk camana. No class.

anilanil Publish time 15-3-2024 12:57 PM

Didi & friends, baik ko pon diam. Kes mahkamah tak setel lagi. Ko jgn nak merampas kerja netizen.

MistrezHermanaz Publish time 15-3-2024 01:13 PM

lawa ye dia sekrg..dulu2 kepam sungguh

jihah_kudat Publish time 15-3-2024 01:15 PM

missbigrockstar replied at 15-3-2024 04:52 AM
Not cool. Aku rasa dia ni patut diam dah kot. Nampak dah perangai 1 keluarga hauk camana. No class.

siapa cakap keluarga dia ada class:P
jaga2 didi uols pun org kenal sebab adik ipar alip je nak harapkan career sendiri sendu..so diam2 sudah nak sokong takde siapa halang..bukan tak pernah ada track record yang beria-ria menganjing ni ujung2 lagi over buat hal..;P

dewi_rina Publish time 17-3-2024 07:06 AM

Edited by dewi_rina at 16-3-2024 11:09 PM

Over nau adiknya pun.. Beria lahai.. Teman bellakat mahkamah nak cerai tu nak masuk elok je kepala tutup lagi, keluar2 eh terbang tak menyempat.. Panas nau ke.. Tahu org sokong kakak kau, tapi jangan lebih2 ambik kesempatan nak bagi org kutukkk

Ni jangan ada yg u turn ye, mcm kes ps siap ada yg ckp patut sol cari lain :2lol:

DeLuna85 Publish time 17-3-2024 12:50 PM

Adik beradik puteri sarah juga terbaik buat masa ni

stania83 Publish time 17-3-2024 01:40 PM

el cheapo

She-Ra Publish time 17-3-2024 02:47 PM

haih la didi didi
kamu lg kenal family kamu termasuk la alip ajis tuuu
kamu duduk dendiam lg bagus.. kang ada pulak benda tak best terkeluar

asamfish Publish time 17-3-2024 02:56 PM

AWEKSAMURAI replied at 15-3-2024 05:17 AM
Didi ko jangan nak beriya sgt..ko pun x berlaki lagi takut nnti Allah uji plak family ko yang ko pla ...

ye....hidup masing2 panjang lagi, so berpada2 la.tak perlu melebih-lebih.takut nanti berbalik kat diri sendiri or anakberanak dan kaum kerabat

bottombikini Publish time 17-3-2024 03:26 PM

kenal pun sbb drama sembang jarak jauh tu
kalau tidak...harammm

rupa tu ok tapi kalau dia bukak mulut jadi mcm tak lawa pulak

Manusiabesa Publish time 17-3-2024 03:34 PM

Cntik telekung dua2... mana beli....
Pages: [1] 2
View full version: Didi Astillah Bergurau Diserbu Pihak JAWI - "Alamak Tolong JAWI Datang. Tangkap Basah, Tangkap Basah"


ADVERTISEMENT