CARI-HBZ Publish time 14-3-2024 09:45 PM

Ruhainies Mengaku Fobia Nak Kahwin, Pilih Lelaki Bertanggungjawab Dari Kaya - "I Know What I Want In A Guy"

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202403/14/214341vsmwwwqg085difwo.jpg





Nama pelakon jelita, Ruhainies hangat diperkatakan di media sosial apabila dia ditangkap khalwat dengan suami kepada Bella Astillah, Aliff Aziz.


Terbaru! Menurut laporan xtra, tular satu video menunjukkan Ruhainies sebelum ini mengaku dia fobia untuk mendirikan rumah tangga selepas pelbagai isu pergolakan rumah tangga terjadi pada orang sekelilingnya.


Pelakon jelita ini juga tidak mahu tergesa-gesa untuk berkahwin hanya disebabkan orang sekelilingnya ramai yang telah mendirikan rumah tangga dan dia sendiri tahu apa yang diinginkan daripada seorang lelaki, itulah yang penting.


"Saya tak boleh ikut orang. I know what I want in a guy. Saya tak nak terburu-buru untuk mendirikan tangga. Lagipun kita tahu apa yang berlaku di sekeliling kita."


"Sebenarnya sedikit sebanyak saya rasa trauma, fobia nak kahwin. Sebab sudah tentu masa kahwin semuanya bahagia, indah.


"Tapi betul ke apa yang ditonjolkan kat dalam media sosial. Itu yang saya rasa takut sangat tu. Sejujurnya, saya gembira dengan diri saya sekarang, pencapaian saya, keluarga. Jadi, saya tidak tergesa-gesa nak kahwin tapi saya minta, harap semua doakan yang terbaik untuk saya."


Bukan tu jer, Ruhainies juga memberitahu yang dia mencari lelaki yang bertanggungjawab dan bukannya yang kaya.


"Saya tidak mencari lelaki yang kaya. Bagi saya, saya mencari seseorang yang bertanggaungjawab."


"Untuk cari lelaki yang bertanggungjawab ini bukan sesuatu yang mudah. Sebab nak kata ada rupa, ramai orang dekat dalam dunia ini ada rupa, ramai orang dalam dunia ini yang kaya.


"Tapi yang bertanggungjawab itu yang susah nak cari. Sebab itu, untuk saya, perlu berkawan dengan dia lama dulu baru saya betul-betul boleh kahwin."


Kredit: xtra/OhMedia

nw111 Publish time 14-3-2024 09:46 PM

Celah mana jelita

prizadane Publish time 14-3-2024 09:52 PM

Hinanya definisi jelita wartawan malaysia ni.
Ini jelita? Terkemut-kemut tu jelita???

MeowPARSI Publish time 14-3-2024 10:18 PM

Sudah laaa ko,, bekas kena pegang,, dramas bagai... Ngeri org nk jd kan bini

Perils Publish time 14-3-2024 10:21 PM

Bodonye yg triggered pasal jelita tu...jadi sarkastik pun still x fhm....benak naw

Sunkiss8999 Publish time 14-3-2024 10:47 PM

Sy fobia nak berumah tangga..tapi saya tak fobia untuk meruntuhkan rumah tangga orang

ninajaybee Publish time 14-3-2024 11:00 PM

Mamat dulu tu kemain sweet2 ayat2 utk Kemut. Nampak mcm treat dia so well. Kenapa agaknya putus?

Hoola Publish time 14-3-2024 11:24 PM

apa khabaq jejaka berkot berstiker kt muka bbrpaa thn nan lalu
rindu pulak netijem nk tgk muka stiker{:1_535:}

riena3321 Publish time 14-3-2024 11:36 PM

semoga berjodohan AA & Ruhanis. Klu kahwin pun mesti tak lama.

swateng1 Publish time 15-3-2024 10:20 AM

bf sticker dulu kan kayoooooooooo

asimilasi Publish time 15-3-2024 10:30 AM

kahwin je la ngan si AA tue.. baru ko tahu langit tinggi rendah

-Suri- Publish time 15-3-2024 09:06 PM

Dan kau kena tangkap basah dgn jantan yg tak bertanggungjawab dan tak kaya

Kurex Publish time 15-3-2024 10:04 PM

buto lu!!

hanihan16 Publish time 15-3-2024 10:10 PM

swateng1 replied at 15-3-2024 10:20 AM
bf sticker dulu kan kayoooooooooo

pernah kantoi tak siapa mamat sticker ni sebenarnya? kalau pernah i nak stalk ig beliau ;P

naina Publish time 15-3-2024 10:13 PM

Betol lah dia tak pernah eh senyum nampak gigi atau mulut terbuka sikit..macam tak puas tengok orang senyum camtu.. terkemut2. Banyak duit pergilah betolkan gigi tu. Pakai braces boleh betulkan rahang ke kedudukan yang betol. Gigi jadi tersusun cantik kemas muka jadi center senyum pun boleh nganga luas2

kucing_gebu Publish time 15-3-2024 10:35 PM

Setan la ko. Xmau kawen dah tu ngesek dgn suami bff

sukanyanyi Publish time 16-3-2024 12:29 AM

naina replied at 15-3-2024 10:13 PM
Betol lah dia tak pernah eh senyum nampak gigi atau mulut terbuka sikit..macam tak puas tengok orang ...

Ouwwhh so itu asal usul panggilan kemut tu ye.. ingat ape benda la yg mengemut ;P still, iols tak brani panggil retis dgn panggilan2 berasaskan fizikal.. iols rasa kalu nak bash, bash prangai or apa yg depa cakap sudah..

noor2 Publish time 16-3-2024 12:48 AM

X payah kawinla..kalau dah bnyk jantan ko boleh peluk free2 selalu dan boleh bawak rumah

gideoncross Publish time 18-3-2024 12:05 AM

hanihan16 replied at 15-3-2024 10:10 PM
pernah kantoi tak siapa mamat sticker ni sebenarnya? kalau pernah i nak stalk ig beliau

Boleh check kat Google, ada je muka2 ex bf dia yg xde sticker

asfaz Publish time 18-3-2024 12:14 AM

hanihan16 replied at 15-3-2024 10:10 PM
pernah kantoi tak siapa mamat sticker ni sebenarnya? kalau pernah i nak stalk ig beliau

IG dia private. Benang mana ntah aritu ada tumpah teh sapa bf dia tu
Pages: [1]
View full version: Ruhainies Mengaku Fobia Nak Kahwin, Pilih Lelaki Bertanggungjawab Dari Kaya - "I Know What I Want In A Guy"


ADVERTISEMENT