sfhzuraz Publish time 14-3-2024 02:54 PM

Polis tahan lelaki tipu pelaburan, mangsa kerugian RM240,000

Polis tahan lelaki tipu pelaburan, mangsa kerugian RM240,000


BERNAMA


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/polis_1710398100.jpg
GAMBAR hiasan


Balik Pulau: Polis menahan seorang ahli perniagaan yang disyaki terbabit dalam kes penipuan pelaburan minyak enjin kenderaan mengakibatkan mangsa kerugian RM240,000 di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata lelaki berumur 51 tahun itu ditahan di Bayan Lepas, susulan laporan oleh seorang wanita berusia 24 tahun bekerja sebagai pengurus besar sebuah syarikat, baru-baru ini.
Beliau berkata menurut laporan, wanita itu diperkenalkan kepada lelaki berkenaan oleh bapa angkatnya untuk melabur dalam syarikat suspek, dan dia bersetuju dan membuat pemindahan wang dengan jumlah keseluruhan RM240,000 kerana dijanjikan keuntungan RM50,000 sebulan.
Bagaimanapun katanya, wanita itu merasa dia ditipu apabila menerima hanya RM1,000 sejak melabur Jun lepas dan dia kemudiannya bertindak membuat laporan polis.
"Lelaki itu kini direman sehingga 17 Mac dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya siasatan awal mendapati lelaki itu menggunakan wang yang dilaburkan oleh mangsa untuk menjalankan projek baharu yang lain kerana projek minyak enjin tidak dapat dijalankan disebabkan berhadapan masalah rundingan dengan kontraktor projek.


Disiarkan pada: Mac 14, 2024 @ 2:35pm


Polis tahan lelaki tipu pelaburan, mangsa kerugian RM240,000 (hmetro.com.my)




Pages: [1]
View full version: Polis tahan lelaki tipu pelaburan, mangsa kerugian RM240,000


ADVERTISEMENT